Ahli yang dihormati, sehubungan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua penghantaran permintaan sampel percubaan akan ditangguhkan sehingga tempoh PKP berakhir. Begitu juga dengan penebusan Point Shop untuk Sabah & Sarawak, penghantaran akan disambung semula selepas PKP. Bagi kawasan-kawasan lain, terdapat kelewatan penghantaran barang penebusan kerana kekurangan tenaga kerja dalam perkhidmatan kurier buat masa kini.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com Terima kasih atas kerjasaman anda dalam memahami perkara ini dan harap anda semua Stay Safe & Stay Home.

< Minggu 6
close
<

Minggu 6

Perut anda

Kandungan anda

100,000 sel saraf setiap minit Pada minggu ini, bayi anda akan membesar tiga kali ganda dari saiznya. Kepala menjadi lebih jelas, dan otak membesar dengan cepat untuk mengisi kepala yang semakin besar. Setiap minit sebanyak 100,000 sel saraf terbentuk.   Juga permulaan bagi pembentukan mata, garis kasar telinga, benjolan untuk mulut dan mungkin tanda-tanda bagi pembentukan hidung. Perkembangannya amat intensif. Kerja-kerja bagi pembentukan sistem pencernaan dan pernafasan terus berjalan. Ilustrasi oleh Karoline Lenhult

Anda

Anda

Rasa letih? Anda boleh menjangka untuk merasa letih, petanda bahawa metabolisma anda sedang menyesuaikan dirinya dengan kehamilan anda. Selain itu, pengeluaran estrogen dan progesteron, hormon yang penting untuk kehamilan, sudah mula meningkat. Khususnya progesteron boleh membuat anda merasa sedikit mengantuk p Adalah baik untuk melakukan sesuatu untuk mengatasi rasa keletihan -.yang hanya perlu anda lakukan adalah dengan tidur lebih dari biasa. Tenangkan diri anda dengan mengingati bahawa ini hanyalah sementara. Selesakan diri anda dengan duduk di sofa menonton TV dan cuba untuk lelap sebentar sekejap-sekejap. Ini semua akan akan berlalu, jadi janganlah terlalu berkeras terhadap diri sendiri - tenang saja untuk sementara waktu.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…