Minggu 39

Kandungan anda

Perut anda

Posisi Vertex Kebanyakan bayi sekarang mempunyai posisi kepala mereka ke bawah dan dagu mereka terlekap ke dada mereka, dalam posisi yang di panggil "vertex presentation", yang mana merupakan posisi yang paling umum untuk kelahiran bayi. Pada kali ini dia agak lebih tenang didalam perut anda. Sebab pertamanya ialah kerana bayi anda tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak di dalam rahim anda, rasanya lebih seperti gerakan menyenggol atau menusuk. Sebab kedua, ia tidur lebih banayk sekarang untuk mengumpul kekuatannya untuk membesar dan berkembang. Ilustrasi oleh Karoline Lenhult 

Anda

Cepatlah sedikit, cepatlah Adakah anda tidur penuh gelisah dan sering bangun? Kebanyakan wanita melalui yang sama. Adalah dikatakan bahawa ini adalah cara tubuh menyediakankan diri anda apa yang akan anda lalui - bayi yang ingin menyusu siang dan malam. Ramai yang mengatakan mereka merasa serba tidak kena selama ini beberapa minggu kebelakangan ini. Adalah sangat normal jika anda merasa tidak stabil dan mempunyai perubahan emosi. Anda mungkin lebih introspektif, mudah marah dan mengatakan bahawa anda tidak boleh melakukan semua yang ingin anda dilakukan. Bagi setengah-setengah wanita pula, tiba-tiba mereka merasa seperti mendapat letupan tenaga. Agak lazim bagi wanita yang sedang hamil untuk mula membersihkan rumah, memulakan projek ‘baking’ yang besar atau menyiapkan makanan yang banyak. Ianya mungkin datang dari naluri - menyemak dan menyediakan persekitaran rumah kami sebelum kehadiran bayi.

Kontraksi benar dan palsu

Kesakitan bersalin yang palsu adalah tidak menentu, tahap kesakitan tidak berubah, setiap kesakitan jaraknya agak lama dan kesakitan yang datang hanyalah sekejap sahaja

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…