Ahli yang dihormati, sehubungan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua penghantaran permintaan sampel percubaan akan ditangguhkan sehingga tempoh PKP berakhir. Begitu juga dengan penebusan Point Shop untuk Sabah & Sarawak, penghantaran akan disambung semula selepas PKP. Bagi kawasan-kawasan lain, terdapat kelewatan penghantaran barang penebusan kerana kekurangan tenaga kerja dalam perkhidmatan kurier buat masa kini.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com Terima kasih atas kerjasaman anda dalam memahami perkara ini dan harap anda semua Stay Safe & Stay Home.

< Minggu 26
close
<

Minggu 26

Perut anda

Kandungan anda

Otaknya berubah Sampai saat ini permukaan otak bayi anda yang berkembang nampak licin. Sekarang otak mula membentuk ciri-ciri dan alur lekukan di permukaan, untuk memberikan ruang bagi semua sel saraf . Sekarang telah pun di ketahui bahawa bayi bertindak balas terhadap cahaya. Bayi benar-benar memegang tangannya di depan mata bila terkena cahaya. Bayi anda sekarang tidur lebih lama,dalam tempoh yang tidak terganggu, yang kadang-kadang selari dengan pola tidur anda sendiri. Jika bayi anda dilahirkan sekarang, dia mempunyai peluang yang cukup baik untuk terus hidup. Ianya menakjubkan.  Dan ia benar-benar satu kelegaan untuk mengetahuinya. Ilustrasi oleh Karoline Lenhult  

Anda

Anda

Anda berkongsi segala-galanya dengan bayi anda Rahim anda telah mencapai bahagian bawah tulang rusuk anda. Bayi anda merasa apa yang anda rasakan. Jika anda rasa tidak sedap, letih atau stres bayi anda akan tahu. Dia bertindak balas terhadap hormon stres yang dihasilkan tubuh anda. Jika sesuatu menakutkan anda, bayi anda akan bertindak balas terhadap adrenalin dalam darah anda. Tapi dia juga bertindak balas terhadap waktu-waktu seronok anda, apabila anda merasa bahagia, puas dan dicintai. Semua aliran endorfin akan melalui aliran darah anda, melalui tali pusat ke bayi.  Sekarang ini bayi anda sudah ada kitaran tidur dan bangun yang jelas, dapatkah anda merasakan itu? Anda mungkin boleh mengenal pasti polanya. Adakah polanya selari dengan anda? Atau adakah anda mempunyai seseorang di dalam perut anda yang mencuit-cuit di malam hari?

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…