Baru lahir

Bayi anda

Anak anda

Selamat datng ke dunia ini! Bayi anda selalunya berbaring dalam keadaan merengkuk dalam posisi janin. Ianya seperti mengangkat kacang yang kecil.Lutut membengkok kearah perut mereka, dan lengan disisi dada mereka. Bayi kecil paling gembira apabila mereka boleh merengkuk didalam ruag yang selesa dan hangat – sama seperti didalam rahim.Cuba menanggalkan bajunya adalah satu cabran. Menukar lampin juga begitu. Sikecil mahu dekat dengan anda, paling ideal di lengan anda sendiri mereka suka mendengar degupan jantung anda. Pandangan mereka masih lemah. Berbaring di lengan anda, mereka boleh nampak sejauh wajah anda, tetapi tidak lebih jauh dari itu. Lebih lagi, bayi anda melihat kesemuanya dlam hitam dan putih. Tetapi deria bau bayi anda sudah agak baik. Selepas 5 hari bayi anda sudah boleh mengenali kedua ibu bapanya melalui deria bau..  

Ibubapa

Anda

Tahniah dan selamat pulang! Kembali pulang – dengan seorang bayi yang baru dilahirkan. Sama seperti ububapa lain sebelum and, bagaimana mereka membenarkan anda keluar dari hospital bersama seorang manusia kecil Ianya satu perubahan besar menjadi ibubapa – tidak disangsikan lagi.Tetapi jangan risau. Tidak lama lagi anda akan merasakan bayi ini adalah sememangnya sebahagian dari keluarga anda. Bagaimana rasanya badan anda, ibu? Anda mungkin merasa sakit-sakit dan bengkak di beberapa tempat. Lakukan senaman pinggul sekerap yang anda boleh, ia membantu anda sembuh dengan lebih cepat.Jika anda menyusu badan, anda agak melekap dengan bayi anda, yang akan mendapati bau adalah perkara yang paling enak di dunia ini (=makanan). Oleh itu adalah menjadi tugas anda, bapa atau pasangan, untuk menguruskan perkara-perkara lain; menukar lampin, memandikan bayi, mendokong bayi, berkemas, ambilkan air (anda menjadi haus bila menyusu badan), katakan tidak pada sesiapa yang ingin datang melawat – dan ingat kan yang ingin datang untuk membawa kuih – atau yang lebih baik lagi makan malam.

Susu badan?

Ya, anda boleh Asalkan bayi anda terus bertambah berat badannya dan dia ceria serta bertenaga, anda boleh terus memberi hanya susu ibu Kementrian Kesihatan mengesyorkan ibu-ibu untuk memberi susu ibu secara eksklusif untuk selama enam bulan, kemudian sehinga setahun dan seterusnya berserta makanan-makanan lain Organisasi Kesihatan Sedunia mengesyorkan memberi susu badan untuk selama 2 tahun Berbincang dengan jururawat Plunket untuk nasihat atau lawati wwwmohgovtnz/breastfeeding atau wwwbreastfeedingorgnz atau telefon 0800 611 116

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…