Bulan 9

Bayi anda

Anak anda

Usia yang mana dia suka mengulang-ulang Pengulangan benar-benar menyeronokkan pada usia ini - melakukan sesuatu perkara berulang-ulang. Menjatuhkan sesuatu benda sekali, dua kali dan seratus kali adalah seperti sesuatu yang menyeronokkan sangat! Apa lagi, ketepatan kemahiran motor anak anda telah bertambah baik. Bukan lagi tentang apakah mereka dapat menyentap kacamata anda, sekarang bayi anda tahu bagaimana menuju kepadanya dengan tepat, samada kacamata, anting-anting atau - aduh! Rambut anda juga. Bayi juga cenderung untuk lebih banyak melekap pada anda sekitar waktu ini. Mereka telah mula menyedari bahawa anda berdua adalah orang-orang yang berasingan, dan mereka merasakan satu keperluan yang kuat untuk berdekatan dengan anda Dengar celoteh anak anda. Dia sudah memiliki rentak dan melodi bahasa. Selalunya bunyi seperti ga-ga-ga, tanpa kata-kata yang berbeza, tetapi dengarkan dengan teliti, dan anda boleh mengenalpasti samada ianya pertanyaan atau jawapan. 

Anda

Malam-malam yang meresahkan Sebaik sahaja bayi anda menyedari yang dia dan anda adalah berasingan, kekerapan terjaga malam akan meningkat. Jangan bimbang, ianya hanya satu peringkat yang akan berlalu, seperti juga perkara-perkara lain bagi kehidupan kanak-kanak.Ianya datang dan pergi, dan mungkin akan atau tidak akan kembali kemudain nanti.

Permainan yang selamat?

Keperluan minimum untuk permainan yang selamat adalah:• Kalis api• Tidak mengandungi cat, laker atau vernis yang beracun• Tidak mempunyai hujung objek yang tajam• Tidak menyebabkan tercekik atau lemas• Tidak memudaratkan pendengaranSuruhanjaya Perdagangan menguatkuasakan Piawaian Keselamatan Produk Permainan Kanak-kanakdan mempunyai fakta lampiran mengenainya Anda boleh menghubungi mereka di 0800 943 600 atau emel contact@comcomgovtnz

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…