Bulan 8

Bayi anda

Anak anda

Banyak benda-benda seronok untuk dipelajari Jika bayi anda boleh bergerak dari satu tempat ke tempat lain, ia hanya memerluka beberapa minit sebelum anda dikelilingi oleh kekacauan! Pot bunga, pasir, buku, butang TV dihidupkan dan dimatikan, dan dihidupkan dan dimatikan lagi. Perkara-perkara yang dilakukan orang-orang dewasa yang nampak seronok untuk dilakukan seperti membuka dan menolak masuk pemain video atau DVD! Dan kawalan jauh untuk TV ...sangat seronok untuk ditekan, dihempas dan dijilat (sukar untuk mengelakkan yang demikian ketika anda sedang tumbuh gigi). Wow - semuanya begitu menarik!  

Anda

Mudah naik angin – sesuatu yang sangat biasa… Kadang-kadang terasa seperti bayi anda sengaja melakukan sesuatu untuk mebuat anda nik darah, bermain dengan buku telefon dan menarik kabel disana sini. Anda tahu itu tidak benar, tapi masih lagi... Kadang-kadang mudah untuk terlupa bahawa apa yang mereka lakukan adalah menepati apa yang mereka harus lakukan - menjelajahi dunia mereka. Ini membantu jika anda hanya barang-barang tersebut dari had capaian mereka daripada membuat keributan besar tentangnya. Ketika bayi anda menjelajahi soket elektrik, adakah sebaiknya anda mengatakan tidak? Hanya jika anda tidak keberatan mengulanginya 1,000 kali. Lebih baik lagi jika anda alihkant bayi keluar dari ruangan bahaya dan buatkan mereka tertarik pada sesuatu yang lain. Panjang daya ingatan mereka masih terlalu pendek, dan dari itu adalah lebih mudah untuk mengalihkan mereka dengan menawarkan mainan sebagai gantinya. Tapi itu tidak selalu menjadi. Ingatan bayi akan terus meningkat. Andamenyimpan barang-barang yang penting di tempat yang berkuncii. Atau jika tidak, katakan jangan padanya untuk 1.001 kali alihkan dia ketempat lain..

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…