< Bulan 6
close
<

Bulan 6

Anak anda

Bayi anda

Dari tangan ke kaki Ianya mengambil masa sepanjang bulan ini untuk penglihatan bayi anda menjadi betul-betul baik. Banyak peningkatan berlaku sepanjang tahun pertama kehidupan bayi. Dengan pelbagai yang berlaku minggu demi minggu, adalah tidak memeranjatkan jika anda melihat tubuh dan otak bayi bagaikan tidak sealiran. Kemahiran motor asas adalah keutamaan utama sekarang ini. Kemahiran motor yang lebih rumit akan berkembang kemudian. Pada waktu ini, bayi mengagumi bahagian tangannya ke bawah, sehingga ke kakinya. Sekarang ini bayi sudah mengenalpasti panjang dan lebarnya.  

Anda

Anda

Mencuri masa untuk bersendirian Saat bayi anda menjadi semakin sedar akan dunia sekitarnya, mungkin akan lebih sukar bagi mereka untuk berehat dan bersantai, terutama di malam hari. Ini akan menjadi penyebab kepada ragamnya dia disiang hari apabila dia lebih banyak menangis dan meragam dari kebiasaannya. Adakah anda sudah mula memberikan bayi anda sedikit rasa makanan? Perkara ini sering merupakan pengalaman yang menyenangkan bagi seluruh keluarga. Baca lebih lanjut mengenai makanan di sini. Apabila anda sedang menyusui anda kadang-kadang dapat merasa cukup terikat. Ditambah pula dengan fakta bahawa anda berada di rumah dengan sikecil yang ‘ganas’ – iaitu sikecil yang sangat-sangat comel - yang menuntut perhatian dan penjagaan setiap jam dia berjaga, dan ini boleh menjadi sangat meletihkan. Pastikan anda mendapat waktu sendirian untuk diri anda secara teratur. Pergi keluar. Berjalan kaki sekitar taman perumahan. Gunakan laluan yang lebih jauh ketika anda pergi membeli-belah sendirian, samada anda memandu atau berjalan kaki. Berada di rumah dengan bayi adalah satu tugasan yang berat, jadi dapatkan bantuan untuk memastikan anda mendapatkan sedikit waktu sendirian anda.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…