Bulan 2

Bayi anda

Anak anda

Senyuman pertama! Senyuman pertama, satu senyuman yang bukan hanya kecutan otot atau angin, boleh dilihat sekarang. Dan senyum yang sungguh istimewa- ianya sebaik-baik upah (bagi tidak cukup tidur yang anda alami) dan benar-benar mengubah bayi anda menjadi seorang manusia kecil Putra atau putri anda sekarang ini membuka dirinya terhadap dunia sekitar dengan lebih banyak lagi .. Waktu berjaga antara waktu-waktu tidurnya kini menjadi lebih lama. Dan sebahagian besar masa bayi anda terjaga digunakan untuk mendengar anda dan melihat anda - mengamati anda dengan cukup rapat untuk belajar tentang anda dan segala sesuatu di sekitarnya..  

Anda

Bulan yang sukar Bulan ini boleh menjadi bulan yang amat mencabar. Bagi anda, ibu, ianya gabungan dari akibat tidak cukup tidur dan badan anda yang belum betul-betul sembuh yang menyebabkan ia agak sukar. Sementara itu ayah atau pasangan perlu menyesuaikan diri dengan situasi baru, sambil melalui kesukaran untuk emndapat tidur yang cukup. Tinggal sahaja dirumah. Diatas sofa. Dalam baju anda yang selesa. Tidur bila anda rasakan perlu. Jangan risaukan perkara0perkara yang sepatutnya anda lakukan. Jangan susahkan diri anda. Bersabarlah – situasi akan menjadi lebih baik bulan hadapan

Tidur malam

Sukar untuk diperkatakan Tidur bayi adalah berbeza-beza Kebanyakan bayi ingin dan perlu diberi minum pada waktu malam sehingga berumur enam bulan Baca lagi di sini

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…