Bulan 16

Bayi anda

Anak anda

Satu perkara pada satu masa Terkadang seorang anak yang suka berceloteh tiba-tiba menjadi pendiam. Atau pendaki tangga tanpa henti tiba-tiba tidak berminat dengan bangku yang terletak sebelah ‘bench’. Anda bingung dan rasa pelik. Tapi perkara ini mungkin berlaku kerana anak anda sedang menumpukan perhatiannya kepada satu kemahiran lain yang berbeza. Kanak-kanak melatih dirinya dengan satu kemahiran pada suatu masa. Mereka mungkin menghabiskan tempoh masa berlatih bercakap, kemudian berpindah ke berlari atau memanjat. Geraham mungkin mulai tumbuh sekitar waktu ini, dan ia menyakitkan. Perkara ini benar-benar mencabar.    

Anda

Seorang ulat buku sudah lahir Adakah anda ingin anak anda untuk membaca buku, tapi mereka lebih tertarik untuk mengunyah atau merobek-robek buku tersebut? Kebanyakan ibu bapa memindahkan buku dan majalah kegemaran mereka di luar had capaian anak-anak untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Bagi buku kanak-kanak, kami cadangkan anda kekalkan dengan buku dengan kertas tebal yang tidak mudah koyak pada tahap ini, atau beralah sedikit dengan kerosakan yang dilakukan pada buku (‘Cellophane tape’ boleh membantu anda dengan baik!) Membaca bersama-sama adalah salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan, dan dari masa ke masa anak anda akan belajar bagaimana membuka laman baru dengan berhati-hati dan mengendalikan buku dengan betul.

Lebih cenderung kepada ibu atau ayah?

Ibu atau bapa yang lebih disukai seharusnya cuba untuk menjauhkan diri sedikit malah meninggalkan rumah dari masa kesemasa Dan jangan biarkan diri anda seorang menikmati keseronokan menjadi ibu atau bapa – kongsikan ia Inginkan tips lagi? Tambahkan komen anda disini

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…