< Bulan 14
close
<

Bulan 14

Anak anda

Bayi anda

Kesabaran bertambah baik seiring dengan waktu Sukar untuk bersabar pada usia begini. Lima minit rasa macam selama-lamanya dan ketidaksabaran tak dapat dielakkan, ada banyak perkara baru untuk dialami, ditemui dan dicuba. Namun seiring waktu kemampuan untuk bersabar akan datang. Pada waktu ini, permainan kesukaan anak anda mungkin menjatuhkan barang-barang – berulang-ulang kali. Menjadi satu ‘thrill’ baginya melihat anda mengutipnya semula setiap kali barang itu dijatuhkannya. Dalam perkembangan awal bayi, menjatuhkan barang ada kaitannya dengan mempelajari kemahiran baru: menggenggam dan menjatuhkan – bagi tujuan hanya membolehkan membuka tangan mereka. Sekarang ini pula lebih kepada menguji sebab dan akibat: apa yang terjadi ketika saya jatuhkan? Tapi satu hal yang jelas, semakin besar anak anda, mendapat sesuatu hiburan menjadi lebih dan bertambah penting. Ianya amat menyeronokkan baginya untuk melihat anda mengutip semula semuanya. Lagi dan lagi ... berjuta-juta kali.. 

Anda

Anda

Perkataan kegemaran adalah tidak dan jangan "Tidak" dan ‘jangan”, mungkin sebaiknya menjadi kata kegemaran anak anda pada usia ini. Tidak, jangan, tidak, jangan pada segala sesuatu, bahkan untuk permainan dan makanan kegemaran. Mengatakan tidak ada cara paling mudah untuk menunjukkan bahawa mereka mempunyai kehendak sendiri, bahawa mereka individu. Jadi apa yang harus dilakukan? Anda boleh cuba merumuskan soalan-soalan anda sehingga tidak ada cara untuk menjawab tidak kepada mereka, misalnya dengan meminta mereka memilih dari dua pilihan yang diberi. Jangan gunakan soalan retorik. Berpada-padalh menggunakan perkataan tidak dan jangan. Tunjukkan penghargaan apabila anak anda menjawab "ya". Dan ihat ke masa depan .. Kebanyakan anak-anak menjadi jauh lebih kooperatif menjelang ulangtahun kedua mereka.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…