Bulan 13

Bayi anda

Anak anda

Tidak berapa stabil Jika anda punya anak kecil di rumah, anda akan perlu melakukan banyak untuk menghiburkannya. Dia akan mudah jatuh dan bertembung sesuatu – ianya mengambil masa untuk belajar berjalan. Sepertilah juga belajar bermain papan luncur bagi orang dewasa - dan anda jatuh, dan merasa sakit, tapi ianya menyeronokkan sehingga anda tidak mahu menyerah kalah Berjalan adalah amat menyeronokkan dan memberi kesempatan bayi anda untuk mengeksplorasi lebih. - malahan jika mereka masih harus memegang pada perabot untuk tetap tegak . Bayi anda memerlukan banyak latihan. Ianya juga sukar untuk menumpukan perhatian, pada lebih dari satu perkara pada suatu masa. Anak kecil tidak dapat berdiri betul-betul stabil sehinggalah sekitar usia tiga tahun.

Anda

Bermain cak-cak (peek-a-boo)! Sangat pelik, apabila sekarang ini bayi anda yang sudah lebih besar, nampaknya memerlukan anda lebih dari sebelumnya. Anak kecil berusia satu tahun tidak mahu ibubapa mereka bahkan keluar dari bilik. Idealnya bagi mereka, ialah ingin melihat anda berdekatan dengan mereka sepanjang hari. Ya, sekarang ini anak kecil anda telah mula memahami bahawa anda dan dia adalah dua orang yang berlainan, dan mereka menjadi lebih melekap kepada anda. Apa yang boleh anda lakukan? Banyakkan bermain cak-cak (peak-a-boo). Ini mengajarkan anak anda bahawa walau pun jika mereka tidak boleh melihat anda, anda masih ada. Bermain membantu untuk meringankan ketakutan mereka apabila ditinggalkan. Anda boleh membaca lebih lanjut di sini

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…