Bulan 12

Bayi anda

Anak anda

Selamat Hari Jadi – anda sekarang 1 tahun! Satu tonggak sejarah! Banyak perkara telah berlaku sepanjang 12 bulan yang lepas. Bayi anda telah berkembang dari bayi yang baru lahir terdedah terhadap seorang anak kecil lelaki atau perempuan yang ingin tahu dan tegas - seorang penjelajah kecil yang melalui dunia seperti saintis yang membuat kajian dengan penuh berdedikasi. Anak anda ingin melihat semuanya, pergi kesetiap tempat (tidak peduli jika ia keluar dari had batasan) dan memahami segalanya. nbsp; Ramai anak-anak yang mempunyai banyak tenaga pada usia ini. Mereka ingin bergerak dan tidak boleh duduk diam untuk tempoh yang lama. Mereka tahu fikiran mereka dan sukakan apa sahaja yang bergerak. Mereka ingin tekan dan memindahkan barang-barang dan memusingkan segala butang dan tombol. Dan mereka banyak bercakap, berceloteh tentang apa saja dan segalanya. Percepatan pertumbuhan mereka menjadi perlahan sedikit sekarang ini. Mulai sekarang, penampilan mereka akan berubah lebih dari tinggi badan mereka. Bayi yang dulunya lembut yang bulat, secara berperingkat digantikan oleh otot-otot yang lebih panjang dan wajah mereka menjadi lebih berbentuk.

Anda

Ibu/bapa untuk satu tahun penuh! Sudah waktunya untuk jamuan harijadi ulangtahun pertama bayi anda. Dan anda sendiri telah menjadi ibubapa selama satu tahun. Cepat masa berlalu bukan? Dan begitu banyak yang telah terjadi. Pernahkah anda memperhatikan berapa banyak yang sudah berubah? Berapa banyak anda dan pasangan anda telah berubah sebagai pasangan? Perkara yang pernah menjadi perkara yang paling penting di dunia sebelum bayi anda lahir, kini telah diletakkan pada senarai dibawah. Perkara-perkara yang anda fikirkan sukar untuk hidup tanpanya, kini hanya kenangan samar-samar semata-mata. Pandangan hidup anda telah benar-benar berubah sejak saat kelahiran. Adalah dikatakan keibubapaan dicorakkan wataknya dengan fleksibiliti. Ini adalah sifat yang anda akan dapat banyak masa untuk melatihnya sejak setahun yang lepas. Dan ianya juga akan berguna bermula dari sekarang juga.

Meninggalkan bayi saya semalaman

Sesetengah pendapat mengatakan jika usianya setahun – satu malam, dan jika dua tahun- dua malam bersama pengasuh Tetapi, perkara ini bergantung kepada pelbagai faktor seperti ibu bapa dan anak itu sendiri Baca lagi disini

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…