Kekal kering semalaman - Anak Kecil - Your stage - Drypers Malaysia
close

Kekal kering semalaman

Tubuh anak kecil anda yang menentukan bila waktunya untuk kekal kering semalaman. Sehingga tiba saat itu, tidak ada gunanya anda berusaha dan terburu-buru.

Tidak ada gunanya untuk menmcuba merlatih anak anda agar tidak kencing di malam hari, jika tubuh mereka masih belum bersedia Kemampuan untuk kekal kering dimalam hari ada kaitannya dengan hormon, dan ianya berlaku secara berperingkat dan akan berkembang dari masa ke masa Lampin yang kering adalah permulaan yang baik Secara puratanya, 10 bulan diperlukan selepas kekal kering di siang hari, untuk kekal kering di malam hari juga Tetapi lebih lama atau lebih singkat masa yang diperlukan bergantung bergantung pada anak anda juga Salah satu tanda bahawa sudah sampai waktunya untuk membuang lampin malam adalah jika lampin anak anda kekal kering beberapa malam berturut-turut Pada saat ini, letakkan lembaran plastik di atas tempat tidurnya dan bersedialah untuk beberapa “kemalangan” yang tidak disengajakan Jika tidak berjaya, pakaikannya lampin semula Anda mungkin perlu terus seperti ini untuk beberapa waktu Membangunkan anak kecil untuk ke tandas Ramai ibubapa membangunkan anak mereka untuk buang air kecil sebelum mereka sendiri tidur Ini benar-benar tidak perlu kerana tujuan utama sebenarnya adalah untuk anak-anak belajar untuk bangun sendiri ketika mereka harus pergi ke tandas, atau untuk membiasakan mereka untuk tidak buang air kecil dimalam hari Tetapi ramai keluarga merasakan kaedah ini berguna sebagai tindakan pencegahan tambahan Jika ia menjadi, maka tidaklah mengapa Kebanyakan kanak-kanak menjadi menjadi terlatih untuk kering semalaman pada usia peringkat tadika Jika anda tidak berjaya melatihnya, dan anda bimbang, berbincanglah dengan jururawat Well Child atau doktor anda
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…