Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Kebenaran tentang seks

Apakah anda nampak seperti semua orang melakukan hubungan seks sepanjang masa, tetapi bukan anda? Itu adalah okey - mereka mungkin tidak berkata benar.

Di beberapa ketika antara enam bulan dan setahun, dan daripada saat itu seterusnya, kehidupan dengan bayi anda mula menjadi lebih "biasa"; ramai wanita mula keluar dari fasa menyusu badan, dan mula membina minat pada perkara-perkara lain, disamping ikatan kemesraan dengan bayi mereka Mereka tidak lagi berada didalam keadaan "hormone yang tinggi" dalam cara yang sama Namun demikian, mereka masih tidak mungkin merasa ingin kepada seks Masih tidak ada nafsu Kepenatan melampau masih dirasai, dan itu tidak menghairankan Berada disitu untuk memenuhi permintaan adalah amat memenatkan Keperluan anak anda mengawal kehidupan anda siang dan malam, dan anda harus mampu mengimbangi semua itu Semua perkara yang lainnya hanyalah perkara sampingan Tapi apakah seks penting? Benar-benar penting, jika anda membaca tabloid dan majalah wanita; dan mudah untuk membandingkan diri anda dengan orang lain Artikel (yang tidak mungkin benar!), dan statistik yang mengambil kira usia 20 tahun yang penuh bertenaga dan mereka yang baru mula bercinta didalam usia 30an, dan tidak punya anak, mungkin membuat anda merasa sesuatu yang tidak betul antara anda dan pasangan anda Kita berfikir kita harus melakukan seks lebih kerap Seks yang lebih baik Sekitar 27 kali seminggu tampaknya cukup masuk akal, jika anda percaya semua yang anda baca Sehingga tidaklah aneh apabila ibubapa mulai merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka, dan dengan hubungan mereka, ketika orang lain tampaknya melakukannya sepanjang masa Tapi dengan harapan untuk mendapatkan jawapan yang ikhlas, tanyakan teman anda: berapa kerapkah pasangan yang mempunyai anak-anak kecil sebenarnya melakukan seks? Terus berusaha terhadap seks Setelah anda meletakkan bayi ke tempat tidur, cubaan untuk membersihkan makanan di meja dapur, mengemaskan kepingan-kepingan Lego, menjemur kain yang masih dimesin basuh dan mungkin membuat sedikit pembersihan dengan vakum hampagas, tetapi yang hanya larat anda lakukan ialah menumbangkan diri dan tertidur disofa Perkara terakhir di fikiran anda adalah seks Mungkin anda rasa ragu anda boleh mencapai statistic bahagia 2,7 kali seminggu, tetapi anda boleh cuba, dan terus mencuba Dan sehingga anda sampai kesaat itu, jika sebulan sekali adalah baik bagi anda, maka lakukanlah sebulan sekali! Itu jauh lebih baik daripada tidak melakukannya sama sekali Dan mungkin itulah sebenarnya berapa banyak yang diperlukan sekarang
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…