Seks semasa hamil - Mengandung - Your stage - Drypers Malaysia

Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Seks semasa hamil

Tidak ada sebab untuk tidak melakukan seks semasa hamil. Ia tidak memudaratkan bayi. Satu-satunya sebab anda tidak mahu melakukan seks adalah kerana anda tidak berkeinginan untuk melakukannya.

Keinginan seks seorang wanita berubah semasa hamil Hormon menyebabkan bakal ibu loya dan sering penat, menyebabkan menurunnya keinginan seks Para suami memahami jika berkurangnya keinginan seks si isteri yang sedang hamil Adakalanya seorang suami sangat teruja apabila isterinya hamil sehinggakan keinginan untuk melakukan seks berubah Belaian menggantikan seks Kadangkala anda atau pasangan anda berasakan belaian dan sentuhan adalah lebih penting daripada seks Itu adalah perkara yang biasa berlaku semasa proses kehamilan, asalkan anda sentiasa berhubung dengan pasangan anda supaya keintiman anda dan pasangan anda tidak pudar Lebih banyak melakukan seks semasa hamil Ada juga di kalangan kita yang melakukan seks melebihi waktu biasa semasa hamil Ada wanita yang merasakan mereka lebih menarik dengan payudara yang besar, punggung yang semakin membesar dan wanita hamil juga merasa seksi bila mereka hamil Ada juga lelaki semakin tertarik dengan isteri mereka apabila isteri mereka hamil Keinginan seks boleh berubah semasa hamil Keinginan seks boleh berubah secara drastik sepanjang tempoh kehamilan Keinginan seks meningkat semasa trimester kedua Kebanyakan wanita mengaku bahawa mereka merasai aktiviti seks yang terbaik semasa hamil Ini disebabkan oleh lapisan mukus di vagina membengkak yang membuatkan wanita berasa lebih sensitif Seks tidak memudaratkan bayi Anda tidak perlu risau tentang bayi anda, kerana risiko seks kepada bayi sangat kurang sekiranya proses kehamilan anda adalah normal Bayi di dalam kandungan dilindungi oleh dinding rahim yang mengandungi cecair amniotik Anda boleh menjadi lebih kreatif semasa melakukan hubungan seks dengan memberikan posisi yang selesa untuk perut anda Berbaring secara terlentang mungkin menyebabkan anda rasa tidak selesa kerana kandungan anda akan memberi tekanan kepada saluran darah yang menyalurkan darah ke jantung Anzal boleh menyebabkan berlakunya kontraksi, tetapi anda jangan bimbang Sekiranya anda berasa sakit, atau berlaku pendarahan selepas melakukan hubungan seks, segeralah berhubung dengan pegawai penjaga materniti anda Waktu yang sesuai untuk tidak melakukan seks Waktu yang sesuai untuk tidak melakukan seks adalah apabila Pegawai Penjaga Materniti menasihatkan anda melakukan sedemikian Selalulah berkongsi pengalaman seks anda ketika hamil dengan pegawai penjaga materniti anda
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…