8
10

Sakit semasa mengandung

Kebanyakkan bacteria dan virus tidak boleh memudaratkan bayi anda. Tapi malangnya terdapat pengecualian.

Campak german Campak Jerman (rubella) adalah jangkitan virus Jika anda dijangkiti virus tersebut semasa dua puluh minggu pertama kehamilan anda dan belum divaksinasi atau tidak pernah dijangkiti campak Jerman sebelumnya, ini boleh membahayakan bayi anda Kadang-kadang boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan yang mempengaruhi otak, telinga atau jantung Bagi wanita yang belum pernah dijangkiti semasa kanak-kanak, atau sudah divaksinasi, dapatkan vaksinasi sebelum mereka merancang untuk hamil Toksoplasmosis Toksoplasmosis adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit Apabila anda hamil, anda boleh melindungi diri dengan mengikuti nasihat ini: - Elakkan berada berhampiran dengan kucing liar - Bekas najis kucing harus dikosongkan oleh orang lain - Elakkan makan daging mentah - Pesan daging anda dengan dimasak dengan sempurna (well done)! - Setelah menyediakan daging mentah, cuci tangan anda - Bilas sayuran dan buah-buahan dan cuci tangan anda selepas bersentuhan dengan tanah dan pakai sarung tangan semasa berkebun - Elakkan susu yang tidak dipasteurisasi (unpasteurised) - Jangan melapah kulit dan jauhi arnab dan binatang lain Herpes Herpes adalah luka yang boleh berlaku di sekitar mulut dan alat kelamin dan disebabkan oleh virus Herpes boleh disebarkan kepada bayi yang baru lahir dan merupakan penyakit serius bagi bayi Doktor menyarankan pembedahan caesarean jika herpes berlaku untuk pertama kali kehamilan Jika wanita hamil telah dijangkiti herpes dahulu, bayi yang baru lahir akan dilindungi oleh antibodi nya Group B Streptococcus Group B streptokokus adalah bakteria yang berada dimana-mana Dalam kes tertentu mereka boleh menyebabkan masalah semasa kehamilan dengan beberapa cara (radangan saluran kencing bagi ibu, kelahiran prematur dan penyakit serius bagi bayi) Kelazimannya tiada pemeriksaan untuk streptokokus Kumpulan B semasa kehamilan Tetapi jika anda telah dijangkiti oleh bakteria, urin anda diuji dan sampel diambil dari pangkal rahim anda Kumpulan B Streptococcus mudah dirawat dengan penisilin Parvovirus (penyakit kelima) Ini lazimnya mempengaruhi anak-anak berusia antara 5 dan 15 Jika anda pernah dijangkiti penyakit ini anda akan telah membina antibodi Penyakit ini biasanya tidak serius, dengan demam ringan dan ruam merah di pipi, yang akan hilang dalam dua atau tiga minggu Jika anda belum pernah dijangkiti penyakit ini , jangkitan boleh menyebabkan risiko untuk anak anda Berbincanglah dengan doktor anda jika anda merasa bimbang

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…