close

Melahirkan secara paksa (induced labour)

Masa berlalu dengan perlahan apabila anda sedang menunggu untuk mula sakit bersalin (labour), dan terasa lebih perlahan apabila tarikh sepatutnya anda melahirkan telah pun berlalu (overdue). Tetapi melalui kelahiran secara paksa (induced labour) boleh merupakan satu rahmat dan satu kekecewaan.

Hari hari selepas tarikh sepatutnya anda melahirkan semakin berpanjanganTetapi bersalin 14 hari sebelum atau selepas jangkaan tarikh sepatutnya anda melahirkan, adalah perkara biasa (semua orang mengetahui perkara in, tetapi kita masih berharap untuk melahirkan pada tarikh yang dijangka) Hanya 10 peratus kelahiran berlaku pada tarikh yang dijangka Tetapi anda akan merasa kurang senang apabila hari selepas tarikh sepatutnya anda melahirkan semakin berpanjangan, dan anda secara rasmi berada dalam masa tambahan Pemeriksaan Pegawai penjaga materniti anda akan memeriksa anda denga lebih kerap, sekurang kurangnya seminggu sekali Mereka akan memeriksa untuk memastikan bayi berada dalam keadaan OK dan akan membuat keputusan sama ada bayi cukup sihat untuk terus menunggu atau sudah sampai masanya untuk menempah tarikh melahirkan secara paksa (induced labour) Terdapat banyak sebab untuk melahirkan secara paksa Melahirkan secara paksa bukan sahaja dijalankan keatas wanita yang telah lepas tarikh jangkaan bersalin Contohnya, melahirkan secara paksa mungkin dijalankan sekiranya air ketuban pecah sebelum kontraksi bermula atau berlaku komplkasi semasa mengandung seperti preeclampsia Cara cara melahirkan secara paksa Berikut adalah cara-cara yang lazim digunakan: 1Satu alat pencegah kehamilan (pessary) yang mengandungi hormon dimasukkan ke dalam rahim Ini melembutkan pangkal rahim dan memulakan sakit bersalin 2 Titisan hormon oxytocin (hormone drip oxytocin), memulakan sakit bersalin 3 Memechahkan membran di sekitar bayi sehingga air dilepaskan Induksi boleh memakan masa Ini tidak bererti semua ibu akan melahirkan anak pada hari yang sama apabila diinduksi Jadi jangan kecewa jika anda harus menunggu lebih lama sedikit
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…