Ahli yang dihormati, sehubungan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua penghantaran permintaan sampel percubaan akan ditangguhkan sehingga tempoh PKP berakhir. Begitu juga dengan penebusan Point Shop untuk Sabah & Sarawak, penghantaran akan disambung semula selepas PKP. Bagi kawasan-kawasan lain, terdapat kelewatan penghantaran barang penebusan kerana kekurangan tenaga kerja dalam perkhidmatan kurier buat masa kini.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com Terima kasih atas kerjasaman anda dalam memahami perkara ini dan harap anda semua Stay Safe & Stay Home.

close

Bayi pramatang

Amat jarang untuk bayi lahir secara pramatang. Tetapi jika ini berlaku, bayi pramatang akan mendapat rawatan yang terbaik dan mempunyai prospek yang sangat tinggi untuk masa depan..

Apabila anda mendengar istilah, "bayi pramatang”, anda mungkin mengambarkan bayi yang bersaiz kecil, saiz sebesar seekor burung kecil yang cukup kecil untuk muat pada telapak tangan Akan tetapi ia amat jarang untuk seorang bayi lahir sekecil itu Mengapa ia terjadi? Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ianya dikatakan pramatang Lahir tiga minggu lebih awal membawa risiko yang tinggi kepada bayi Lebih pramatang seorang bayi, maka lebih rawatan yang diperlukan oleh mereka Bayi yang terlalu pramatang, dilahirkan diantara 29 ke 32 minggu usia kandungan, hanyalah satu peratus daripada semua bayi yang baru lahir Kebanyakan bayi pramatang lahir setelah 32 minggu usia kandungan dan mempunyai berat lahir lebih dari 1,500 gram Terdapat banyak kemungkinan untuk kelahiran pramatang, misalnya pre-eclampsia, pangkal rahim yang lemah atau jangkitan ataupun penyakit yang memberi kesan kepada janin Seringkali ia menjadi satu misteri mengapa bayi ingin dilahirkan lebih awal Peluang untuk hidup yang tinggi Apakah saiz yang terkecil seorang bayi dapat bertahan? Ini bergantung kepada beberapa faktor, bayi yang lahir seawal 24 minggu akan tahan untuk terus hidup Mereka semestinya memerlukan rawatan intensif selama beberapa minggu, dan sebahagian besar bayi yang lahir pramatang dapat terus bertahan hidup, hasil sokongan dan rawatan hospital yang diberikan pada hari ini Sebanyak 99 peratus bayi yang lahir diantara 33 dan 37 minggu usia kandungan dapat terus hidup, ini adalah majoriti bayi pramatang Kebanyakan bayi pramatang akan membesar dan menjadi kanak-kanak normal Penjagaan khas Bayi pramatang dirawat di Unit Rawatan Khas Bayi (Special Care Baby Unit Unit (SCBU)) Rawatan diterima termasuk pemantauan tahap penerimaan oksigen, peredaran darah, penerimaan makanan dan perkembangan otak, dan juga tanda-tanda penting yang lain Kajian telah menunjukkan bahawa lebih dari 90% dari bayi pramatang yang lahir pada tahun 1980 adalah sihat dan bersekolah di sekolah biasa Penjagaan bayi pramatang berkembang sepanjang masa, inilah sebabnya mengapa prospek yang lebih baik untuk bayi pramatang yang lahir pada hari ini, jika dibandingkan dengan lima tahun yang lalu
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…