0
7

Waktu untuk diri sendiri

Bayi baru anda menjadi pusat perhatian utama keluarga anda. Tidak ada yang aneh tentang itu. Bayi menuntut masa untuk dijaga dan ianya sesuatu yang indah. Tetapi kadan-kala anda perlu waktu untuk diri sendiri. Baca lebih lanjut untuk mengetahui cara menjadikan ini satu kenyataan.

Adakah anda mempunyai masalah mencari masa untuk mandi? Itu bukanlah cabaran luarbiasa bagi ibubapa baru, dan hampir semua dari kita pernah mengalaminya Apabila anda mendapat anak, segala-galanya akan jadi tunggang terbalik Seperti ada bintang baru dialam semesta anda dan masa yang anda gunakan untuk diri sendiri, harus dikhususkan untuk ahli keluarga anda yang baru sebagai gantinya Tapi itu tidak bermakna anda tidak seharusnya, atau tidak boleh, mencari waktu untuk diri sendiri dan bersama pasangan Yang agak rumit adalah mencari waktu itu! Lihatlah tips dari beberapa ibu bapa Forum Terdapat beberapa muslihat bagaimana untuk mencari "masa untuk diri saya sendiri" dan "masa bagi orang dewasa": 1 Jangan berdegil untuk cuba melakukan sesuatu, sama seperti anda lakukan ia sebelumnya Cari variasi yang boleh digunakan, memandangkan sekarang anda sudah mempunyai bayi Lebih baik untuk melakukan hal-hal yang sedikit berbeza, daripada tidak melakukannya sama sekali! 2 Ambil kesempatan untuk melakukan apa yang anda suka lakukan sewaktu bayi anda tidur Tinggalkan cuci-mencuci! 3 Yang ini untuk anda dan pasangan: lelaki kebiasaannya lebih memiliki kehidupan sosial, kerana mereka masih bekerja Berikan pasangan anda peluang yang sama! Jika dia ingin pergi keluar bersama teman-temannya atau pergi membeli-belah, bantu agar dia dapat merealisasikannya 4 Jika pasangan anda bekerja ditempat yang tidak terlalu jauh, pergi ke tempat kerjanya ketika dia makan tengahari, serahkan bayi kepadanya untuk satu jam dan anda boleh pergi melakukan hal-hal anda sendiri 5 Tuliskan senarai 10 perkara yang anda sukai Fikirkan tentang bagaimana anda boleh melakukannya, atau sesuatu yang sangat mirip, dalam masa tidak lebih dari satu jam Letakkan senarai di atas peti ais, dan kemudian ketika bayi anda tertidur dan anda rasa ingin lakukannya, lakukan ia satu per satu 6 Manjakan diri anda Habiskan pagi anda di tempat tidur, atau sepanjang hari, dengan pelbagai surat khabar (dan bayi anda, tentunya!) Tutup pintu dapur dan lupakan serak didapur untuk sebentar 7 Minta pasangan anda membawa bayi keluar berjalan pagi hari Sabtu atau Minggu selepas anda menyusukannya, kemudian baca akhbar, ambil untuk mandi lama sedikit dan nikmatilah masa yang hebat! 8 Bahkan jika anda tidak memiliki apa-apa yang dirancang ketika ada kesempatan, lakukan sesuatu dengan diri sendiri, membaca buku, mandi, telefon rakan Lakukan apa-apa sahaja Bagaimana anda menemui masa untuk diri sendiri? Kongsikan di sini!

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…