0

Stres selepas melahirkan (emosi ‘baby blues’)

Sekitar 72 jam selepas melahirkan, anda akan mengalami perasaan stress dan resah (baby blues) menyelubungi anda dan anda akan mengalami perasaan sedih dan banyak menangis - semuanya akibat dari perubahan kadar hormone

Ianya mungkin tampak gila, tetapi sebagai ibu yang baru, anda akan duduk dan menangis kerana bimbang seseorang akan bersikap kejam terhadap bayi yang sedang dalam dakapan anda Walaubagaimanapun, adalah normal untuk anda berperasaan begini Selepas lebih kurang 72 jam melahirkan, emosi ‘baby blues’ akan mula terasa Anda akan merasa sedih dan seperti ingin menangis, perasaan ini terlahir oleh kebimbangan terhadap bayi yang diamanahkan kepada anda Kesedihan dan air mata Anda cuma mengalami perubahan hormon dan ianya terpapar secara fizikal Sesetengah hormon yang penting sewaktu anda hamil sudah mula berkurangan, sementara paras hormon lain yang diperlukan oleh badan anda pula meningkat naik Kepada suami, cuba tenangkan isteri anda Ia akan mengambil masa beberapa hari, namun ianya akan reda Segelintir daripada perasaan sensitif yang baru lahir ini akan kekal dalam diri anda berdua – kerana menjadi ibubapa akan mengubah anda secara emosional Tetapi, ‘baby blues’ sepatutnya hilang dalam masa beberapa hari Namun, sekiranya ia tidak berkurangan dan anda berterusan dilanda kesedihan dan murung, rujuklah doktor atau bidan anda Ianya mungkin kesan tekanan selepas melahirkan, yang biasa dialami oleh 10 hingga 15 peratus ibu baru Tekanan selepas melahirkan Jika begitulah kesnya, doktor anda akan merujuk kes anda kepada pakar psikologi Bercakap dengan panel profesional dapat melegakan beberapa pemikiran anda yang menghalang anda daripada berasa ceria dan yakin dalam hubungan anda dengan bayi anda Baca lagi tentang Tekanan Selepas Melahirkan di sini

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…