0

Stesen menukar lampin

Anda akan berdiri banyak kali di meja untuk menukar lampin. Jadi, di sini terdapat beberapa tip yang mungkin anda perlukan.

Untuk tempat menukar lampin, anda perlukan : • Tikar lembut dengan penjuru yang tinggi • Lampin dan pakaian yang mudah dicapai supaya anda tidak perlu pusingkan belakang anda daripada bayi Air, seelok-eloknya yang mengalir, tetapi jika tidak boleh, dapatkan besen • Tisu lembap Kain muslin atau tuala lama yang dipotong bersegi juga elok dipakai Ianya mudah dicuci dan boleh digunakan berkali-kali – lebih baik untuk persekitaran • Beg plastik juga berguna, tetapi tong sampah kecil lebih elok ; mungkin tong sampah yang berpemijak untuk membuang lampin kotor • Minyak bayi yang tidak berbau Sekiranya air kencing telah kering pada punggung bayi anda, gunakan minyak pada kain yang telah dibasuh Sapukan perlahan-lahan dan ianya akan hilang Terdapat satu perkara yang paling penting pada meja menukar lampin bayi, iaitu jangan terlepas pandang bayi anda Salah satu daripada kemalangan yang paling selalu berlaku adalah bayi anda jatuh daripada meja persalinan Jika anda perlu memusingkan badan anda, letaklah bayi anda di lantai atau letakkan satu tangan pada perutnya

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…