0

Selepas bersalin – untuk ibu

Semuanya sudah selesai. Proses bersalin sudah berlalu. Bayi sudah berada didokongan anda dan anda mungkin sedang mengira jari-jari tangan dan kakinya, memeriksa setiap inci si manja anda dari kepala hingga ke kaki. Tahniah, anda sekarang sudah menjadi seorang ibu.

Semuanya sudah selesai Proses bersalin sudah berlalu Yang menakjubkan, kesemua kesakitan sudah tiada lagi Leganya! Dan yang sedang berehat di tangan anda adalah bayi anda Manusia kecl yang baru anda mungkin rasa bersyukur, seronok, gembira, kosong, terkejut, keliru, penat – atau mungkin semuanya sekali Ikatan kemesraan bersama bayi Bagaimana perasaan sebenar setiap wanita selepas bersalin adalah berbeza-beza Ikatan kemesraan dengan bayi anda boleh mengambil masa beberpa hari, mungkin bulan atau berlaku dengan serta-merta Semua senario adalah okey Bayi anda mungkin melihat anda dengan rasa ingin tahu Dia mungkin pernah mendengar suara anda, tetapi inilah kali pertama anda berdua bertentang mata Penglihatan bayi anda tidaklah begitu baik, tetapi nasib baiklah dengan berbaring ditangan anda, dia dapat melihat sejauh muka anda Cuba terus berikan susu badan Sebaik sahaja lahir, kebanyakan bayi adalah dalam keadaan berjaga, memandangkan adrenaline mereka mengalir sepanjang proses kelahiran Mereka mungkin rasa terlalu gembira untuk mencuba menyusu badan Tetapi jika proses bersalin panjang dan terlalu memenatkan, bayi mungkin akan tertidur kerana terlalu penat Mereka mungkin perlu untuk rehat untuk berasa segar semula Bayi dari kepala ke kaki Sepuluh jari kaki dan tangan Atas sebab-sebab tertentu kita akan mengiranya Kita akan buka tangan kecil yang tergenggam itu dengan penuh hati-hati dan mengira Dan tertanya-tanya macam mana seseorang itu boleh jadi sekecil ini Jika anda melihat kepalanya, anda kan dapati ia sedikit berbentuk kon, dan itulah yang berlaku apabila bayi melalui laluan yang kecil untuk turun ke bawah Jangan risau, ia akan bulat semula Kulit akan kelihatan sedikit merah dan bertompok-tompok, dan mungkin akan ada sedikit bintik-bintik pada mukanya, ianya akan hilang selepas beberapa hari Akan juga terdapat sedikit bulu-bulu lanugo yang tertinggal pada bahu dan belakang, dan kesan putih berminyak seperti jeli petrol pada lipatan-lipatan kulit Adakah terdapat kesan gigitan? Ini adalah tanda lahir, lama kelamaan ia akan hilang Tangannya mungkin sedikit kelabu kebiru-biruan kerana kitaran darahnya masih belum mencapai tahap yang baik lagi Menyokong kepala bayi Ada banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh bayi anda, misalnya membina kekuatan ototnya Pada masa ini, bayi anda tidak dapat mengangkat walau pun berat kepalanya sendiri Ianya terlalu besar berbanding saiz badannya Adalah penting untuk anda mengampu kepalanya apabila anda mengangkat atau mendokongnya Peluklah bayi anda dengan erat selama yang anda mahu Anda adalah seorang ibu sekarang Tahniah!

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…