0
1

Penjagaan bayi

Manual arahan untuk bayi. Disini ada beberapa nasihat berkaitan mencuci dan memakaikan bayi anda, penjagaan kuku, pusat dan rambut.

Memandikan setiap hari tidaklah semestinya perlu, terutamanya pada musim sejuk Kaedah ‘span’ adalah cara lain bagi membersihkan bayi anda • Mulakan dengan mata Gunakan kain basah atau kapas basah, dan sapukan dari dalam keluar • Kemudian, basuh muka, dengan memastikan anda membasuh bahagian belakang telinga, dan jangan lupa bahagian leher Kemudian basuhkan lengan, badan depan dan belakang, dan keringkan dengan sempurna, termasuk bahagian-bahagian kulit yang berlipat • Jika kulitnya perlukan pelembap, campurkan minyak ke dalam mangkuk berisi air, tetapi jangan lakukan ini sehinggalah tali pusatnya sudah tanggal • Pastikan anda mengeringkan bahagian pusat dengan sempurna Anda mungkin ingin menggunakan putik kapas untuk memastikan pusat bayi anda kering • Bersihkan punggungnya akhir sekali, sentiasa dari depan kebelakang Basuh bayi perempuan anda dengan teliti selepas dia selesai buang air besar • Pastikan bayi anda tidak sejuk dengan membalut bahagian yang badannya yang terdedah dengan tuala Memakaikan lampin yang bersih Apabila anda memakaikan lampin yang bersih, pastikan ianya tidak mengganggu tali pusat jika ia belum tertanggal lagi Arahkan zakar bayi lelaki anda ke arah bawah supaya air kencing tidak terkena pusatnya Memakaikan bayi anda Pakaikan bayi anda vest atau ‘bodysuit’ bayi Pastikan pakaiannya tidak menarik lampinnya keatas diantara dua punggungnya, atau menekan bahu dan lengannya ke bawah dan meghadkan pergerakannya Membersihkan telinga bayi Anda sepatutnya membersihkan hanya bahagian luar telinga jika perlu Ini boleh dilakukan samada satu atau dua kali seminggu Memotong kukunya Jika kuku perlu dipotong, anda boleh gosokkannya dengan jari anda hingga ia keluar Apabila kukunya menjadi terlalu keras – lebih kurang sebulan – mula potongkannya lurus merentang menggunakan pengetip kuku bayi atau perapi Rambutnya Sikatkan rambutnya dengan berhati-hati menggunakan sikat bergigi halus atau berus yang lembut – mula-mula bertentangan arah dengan arah tumbuhnya rambut, kemudiannya sama arah dengan tumbuhnya rambut Ini bertujuan untuk menghindari kerak dikepala (cradle cap)

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…