11
16

Pengasuh bayi buat pertama kali

Untuk pertama kali menjadi seorang ibubapa, anda berfikir untuk menyerahkan anak anda kepada pengasuh bayi. Beranikah anda? Bolehkah anda?

Sejuta persoalan bermain difikiran kebanyakan ibubapa yang mempertimbangkan untuk meninggalkan bayi mereka kepada pengasuh bayi untuk kali pertama Penyeksaan yang dirasai adalah sama bagi semua ibubapa, tidak kira berapa usia anaknya buat pertama kali; 5 bulan atau dua tahun – itu bukan persoalannya Kebanyakan ahli psikologi bersetuju bahawa tidak terdapat peraturan yang jelas tentang apa yang betul atau tidak , namun ‘common sense’ dan pertimbangan yang baik bagi anak anda adalah kunci utama Tip yang seterusnya ini mungkin akan memudahkan halangan-halangan yang akan dilalui untuk diri anda, anak anda dan pengasuh! 1 Jika anda nampak tenang dan relaks, anak anda akan merasakan apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang biasa dan tidaklah rumit 2 Anak anda akan rasa lebih selamat untuk tidur dirumah, jadi adalah baik sekiranya pengasuh anda boleh datang ke rumah anda 3Tinggalkan anak anda dengan seseorang yang dia biasa dengannya – anak anda akan rasa selamat 4 Jika anda memeberi susu badan pada malam hari dan anak anda tidak mahu menyusu botol, anak patut tunggu sedikit masa sebelum meninggalkan anak anda dengan orang lain 5 Beritahu pengasuh anda tentang semua rutin anda di sebelah petang dan malam Mengikuti rutin yang sama memberi bayi anda rasa lebih selamat 6 Kanak-kanak rasa lebih selamat jika mereka dibenarkan tidur dan bangun dipersekitaran yang sama, dengan orang-orang yang sama – jadi jangan tinggalkan anak anda dibawah penjagaan pengasuh sewaktu dia sedang tidur 7 Adalah satu idea yang baik untuk membawa bersama anda telefon bimbit, supaya pengasuh anda menelefon anda jika mereka perlu Tetapi jangan ganggu ketenangan mereka – jangan telefon untuk bertaya samada semuanya dalam keadaan baik 8 Jangan lupa untuk menikmati waktu petang dan malam anda! Jika tidak, apalah gunanya semua yang telah anda aturkan ini Mahu lebih banyak tip? Sila kongsikan disini!

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…