1
2

Lonjakan pertumbuhan

Sebelum anda mula menyusu badan, anda mungkin tidak pernah dengar tentang pertumbuhan bayi mendadak. Namun pertumbuhan bayi mendadak (lonjakan pertumbuhan) adalah sebab mengapa bayi anda meragam dan tidak ceria pada jangkamasa yang tertentu dan hanya inginkan payudara anda sepanjang hari.

Adalah biasa bagi bayi untuk menyusu 6 - 12 kali sehari, bahkan kadang-kadang lebih lagi Tapi ada hari-harinya, yang kadangkala 60 - 120 kali tidak mencukupi! Bayi anda ingin menyusu terus-menerus tanpa henti, dan payudara anda adalah satu-satunya tempat yang mereka inginkan Ketika ini terjadi, bayi anda mungkin mengalami lonjakan pertumbuhan Meragam dan cerewet Bayi anda meragam dan cerewet kerana dia mahukan lebih susu Mereka sedang membesar dan akan terus membesar - dan lebih banyak susuan diperlukan Ianya semudah itu Ianya mengagumkan bagaimana naluri susu ibu berfungsi Apabila bayi anda mahukan lebih banyak susu, ia akan pastikan lebih banyak susu akan dihasilkan Menghisap payudara anda merangsang prolaktin, hormon pengeluar susu, yang meningkatkan pengeluaran susu anda Lonjakan pertumbuhan adalah berkala Lonjakan pertumbuhan pertama biasanya terjadi ketika bayi berusia 7 - 12 hari Satu lagi terjadi pada 3 minggu, kemudiannya di 5 - 6 minggu, dan satu lagi di sekitar 3 bulan Tapi waktu dan frekuensi yang tepat berbeza-beza Berikut ada beberapa cadangan Jika bayi anda nampak meragam, cuba susukan dia dengan lebih lama dan lebih kerap untuk sementara waktu Jangan melihat jam; ikuti kemahuan bayi anda Cuba bersabar untuk 1 atau 2 hari, anda akan dapati bayi lebih gembira selepas ini

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…