17

Latihan ke tandas

Dua orang yang membuat keputusan bila waktunya untuk berhenti menggunakan lampin: anda dan anak kecil anda. Tidak ada gunanya terburu-buru untuk proses ini; lama-kelamaan semua kanak-kanak akan mengucapkan selamat tinggal pada lampin.

Latihan ketandas sebenarnya boleh mengelirukan Tidak ada bezanya seberapa banyak anda melatih anak anda, jika mereka belum bersedia, anda hanya membuang masa anda Ini bermakna lebih banyak kesibukan tambahan Anda berdua bersama-sama memutuskan bilakah masanya untuk memulakan latihan ketandas Kawalan pundi kencing Kanak-kanak mula mampu mengendalikan pundi kencing mereka pada usia 18-24 bulan - dan ini adalah prasyarat asas untuk latihan tandas Menurut ramai orang, lebih kurang usia dua tahun adalah umumnya merupakan umur yang sesuai untuk memulakan memperkenalkan konsep menggunakan tandas Namun peringkat usia ini berbeza-beza Semua kanak-kanak berbeza –ada yang bersedia pada usia dua tahun, sementara yang lain mengambil sehingga mencecah usia empat tahun Daripada membimbangkan tentang usia yang betul, adalah lebih baik untuk mengenalpasti tanda-tanda bahawa anak anda bersedia untuk mula mencuba ketandas Bila anda mula latihan ketandas? 1 Jika anak anda sentiasa kering selama dua jam berturut-turut Misalnya, mereka mungkin bangun dengan lampin kering setelah tidur siang Ini menunjukkan bahawa mereka dapat mempertahankan pundi kencing mereka lebih lama Bayi berusia tiga bulan kencing berusia lebih kurang satu jam sekali Tapi tentu saja ini sangat bergantung pada individu 2 Jika anda melihat ekspresi wajah atau gerakan yang menunjukkan bahawa anak anda menyedari dirinnya buang air kecil atau buang air besar Sebagai contoh, mereka mungkin berhenti di tengah bermain atau menarik sedikit lampin mereka 3 Jika anak anda ingin menyalin lampin mereka segera sebaik sahaja setelah buang air kecil atau buang air besar Ramai kanak-kanak kecil bertindak balas terhadap buang air besar dahulu, kerana air kencing menyerap dengan cepat ke dalam lampin 4 Jika anak anda mula menunjukkan minat untuk ketandas dan ingin meniru anda duduk ditandas Kekal kering memerlukan masa Berhenti menggunakan lampin memerlukan masa Anda perlukan masa untuk mengenal tanda-tandanya, masa yang tepat untuk anak anda ketandas, masa untuk mengesat genangan air kencing dan mencuci dan menukar pakaian kotor terkena najis Tapi anda akan tetap dapat sampai kesitu pada akhirnya Untuk beberapa hari tertentu, semuanya berjalan dengan lancar, sementara pada hari-hari lain ada banyak “kemalangan-kemalangan kecil’ Ianya kadang-kadang nampak agak sukar Semuanya berkaitan latihan – yang meliputi kepala serta otot-otot sekitar pundi kencing dan usus Jangan bandingkan anak anda dengan kanak-kanak lain - semua orang membesar dengan kadar tumbesaran mereka yang tersendiri Ada kanak-kanak yang berhenti menggunakan lampin agak cepat, sementara yang lain mengambil sedikit masa yang lebih lama Bersabarlah – lambat-laun ianya akan berlaku juga

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…