0

Lampin dan najis

Anda mungkin sukar untuk percaya, tetapi anda berkemungkinan besar akan mempunyai minat terhadap najis – lebih tepat lagi, najis anak anda. Najis dapat memberitahu kita tentang keadaan kesihatan dan kesejahteraan bayi anda.

Mungkin anda pernah mengejek rakan-rakan anda tentang minat mereka terhadap najis setelah mereka menjadi ibubapa Dan sekaranglah giliran anda pula! Berikut merupakan beberapa perkara yang anda perlu tahu : Beberapa hari pertama Bayi yang normal akan kencing dalam masa 24 jam selepas dilahirkan, kemudian dua hingga enam kali setiap 24 jam pada hari berikutnya Najis pertama bayi anda adalah amat penting Ianya digelar mekonium, dan ianya berwarna kehijauan, kehitaman, sangat melekit (sukar dicuci – cuba gunakan minyak bayi) dan akan berlanjutan buat beberapa hari Sedikit demi sedikit ia akan bertukar warna kepada cairan kekuningan dan kehijauan dengan bau yang sedikit berasid, jika anda memberinya susu badan Minggu berikutnya Pada awalnya, bayi akan buang air besar selepas setiap kali menyusu Dalam bulan pertama, mereka akan membuang air besar sebanyak satu hingga empat kali sehari, dan sesetengah bayi mungkin lebih sedikit daripada itu Najis-najis awal bayi anda biasanya cair dan sedikit pekat, jadi anda tidak perlu risau tentang cirit-birit, ianya agak normal Najis berwarna hijau juga menunjukkan bayi anda sihat Apabila bayi mencapai usia duaa hingga tiga bulan, kekerapan mereka buang air besar akan berkurangan, bau najis mereka juga akan berbeza daripada sebelumnya Bulan-bulan berikutnya Pada peringkat ini, bayi yang menyusu badan akan menghasilkan najis yang berwarna seperti mustard secara konsisten Selalunya ia tidak berbau busuk Bayi yang menyusu badan mempunyai kekerapan buang besar yang berbeza-beza Terdapat bayi yang akan membuang air besar dalam setiap lampin, ada juga yang buang air besar sekali sahaja dalam seminggu Namun, satu perkara yang mereka perlu kerap lakukan ialah kencing Bayi yang baru lahir secara puratanya akan bertukar lampin lima hingga enam kali dalam sehari Kebanyakan ibubapa akan risau jika bayi anda tidak buang air besar buat beberapa hari Anda tidak perlu risau sekiranya bayi anda makan dan tidur seperti biasa Anak-anak kecil yang minum susu formula secara umumnya akan menghasilkan najis yang lebih kental, berwarna lebih gelap, dan mempunyai bau yang lebih kuat Mereka juga akan berkemungkinan besar mengalami sedikit sembelit Sekiranya ianya menjadi masalah, anda patut cuba bertukar kepada jenama susu yang lain Jumpalah dengan bidan anda untuk nasihat Bayi yang menyusu badan tidak akan mengalami sembelit Anda ingin tahu bila anda patut menukar lampin? Klik di sini

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…