11
17

Kembali bekerja

Kembali bekerja setelah menjadi seorang ibu memang terasa agak janggal. Sekarang anda sudah kembali, seolah-olahnya tidak ada apa-apa yang telah berubah.

Beberapa minggu dan hari-hari yang lepas berlalu dengan begitu pantas Tahu-tahu anda sudah kembali bekerja dan seolah-solahnya tiada apa-apa yang berlaku Tiada bayi Tiada pengalaman yang mengubah hidup anda Anda mendapat emel-emel yang lebih kurang sama dalam kotak mel anda, sembang-sembang yang sama diwaktu rehat, Tetapi sesuatu sudah berubah Walau pun ianya menyeronokkan untuk bertemu dengan rakan sekerja dan keluar makan makanan yang disediakan orang lain, anda merindui seseorang Dan ianya agak sukar Kadangkala cukup meruntun jiwa dari semasa ke semasa Tidak syak lagi Memberi perhatian kepada diri sendiri Adalah mustahak untuk memberi perhatian kepada diri anda apabila anda mula kembali bekerja Sememangnya mudah untuk merasa tertekan kerana anda ingin menjadi rakan sekerja yang baik dan juga ibubapa yang hebat Tetapi anda sudah tidak punya banyak masa untuk melakukan kesemuanya Beberapa tip : • Turunkan sedikit harapan untuk diri sendiri • Fikirkan semula keutamaan sebenar anda Apakah sebenar-benarnya yang paling penting? • Rendahkan pandangan anda kepada aktivti-aktiviti pembersihan Adakah perkara-perkara tersebut sangat-sangat penting? • Laburkan masa yang terluang dengan keluarga anda daripada kerja-kerja rumah • Kongsikan dengan pasangan anda Kesaksamaan membina hubungan jangkapanjang Ceritakan kepada kami tentang kembali bekerja disini! Adakah ia menyeronokkan? Sukar? Apa yang berlaku terhadap kesaksamaan ketika dirumah?

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…