0

Hari-hari pertama di rumah bersama bayi baru lahir

Kembali ke rumah - dengan bayi yang baru lahir. Kadang-kadang ia tidak seperti yang anda jangkakan. Jangan bimbang - segalanya akan dipelajari dan anda akan berasa seronok dengannya.

Kebanyakan ibubapa merasai perkara yang sama: perasaan seperti tidak percaya bahawa mereka meninggalkan wad bersalin untuk pulang ke rumah dengan bayi pertama mereka Mereka merasakan kelainan apabila bertambahnya ahli di dalam keluarga Kehidupan mula berubah, dan ia adalah satu perubahan yang besar Hari-hari pertama di rumah adalah sangat mengujakan Kegembiraan, kebimbangan, kekecewaan bercampur-baur di dalam diri anda Perasaan bercampuar-baur Kebanyakan ibubapa baru mengharapkan perasaan yang girang pada hari-hari pertama di rumah seperti yang selalu diperkatakan Tetapi sebagai seorang ibu, anda seharusnyalah berasa sangat penat (bukankah seorang bayi itu tidur sepanjang masa?), berpeluh apabila menyusukan bayi (yang mana ia agak sakit apabila mula menyusu - tiada siapa memberitahu anda tentang itu!) dan agak keliru (mengapa insan sekecil ini memerlukan lebih perhatian dan masa?) Tiada apa yang pelik tentang perkara ini - ia mengambil masa untuk anda dan pasangan menyesuaikan diri dengannya Perkara yang sama juga perlu pada si ayah - penat dan keliru Ketepikan perkara yang "perlu dibuat" Anda mengambil masa beberapa hari yang petama untuk menyusun kembali cara hidup anda, berdepan dengan perubahan yang besar Berapa lama yang perlu di ambil untuk sesebuah keluarga itu menyesuaikan diri dengan kehidupan yang baru, bergantung kepada keluarga tersebut Oleh itu, ketepikan perkara yang "perlu dibuat" Perkara yang perlu anda buat sekarang adalah mengenali antara satu sama lain, anda dan bayi anda Sebagai seorang ibu, ataupun seorang bapa, lihatlah ia sebagai anda masih boleh berehat dengan bayi baru anda; tidurlah apabila bayi anda tidur Jika anda tidak boleh mengubahnya, anda boleh merebut mana-mana peluang yang ada Kurangkan penerimaan pelawat ke rumah anda Gunakan telefon apabila perlu sahaja Dengan ini, anda boleh mengenali si kecil dengan lebih dekat kerana anda menumpukan perhatian dan masa yang lebih untuk mereka Anda boleh menerima pelawat sekiranya mereka menawarkan diri untuk memasak dan membeli barangan dapur anda! Selamat kembali! Kehidupan baru anda bermula di sini

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…