4

Gigi pertama

Gigi pertama yang tumbuh adalah satu kemajuan. Sesetengah bayi tidak menghadapi masalah dengan gigi pertama yang tumbuh, tetapi sebahagiannya mengalami kesakitan tatkala gigi pertama tumbuh.

Gigi tumbuh apabila bayi menjangkau lima ke enam bulan Ada bayi yang dilahirkan dengan gigi dan ada yang tumbuh gigi setelah umur menjangkau setahun Gigi pertama Kebanyakan bayi akan tumbuh dua gigi kacip di bahagian bawah dahulu Dua gigi kacip di bahagian atas akan tumbuh selepas itu, diikuti oleh dua gigi di bahagian atas kiri dan kanan, kemudian di bahagian bawah Gigi yang tumbuh ini dipanggil gigi susu Set gigi susu adalah sebanyak 20 batang Set gigi ini akan digantikan dengan gigi kekal sebanyak 32 batangTanda-tanda tumbuh gigi Proses tumbuh gigi akan memberi kesan kepada keselesaan bayi secara berbeza-beza; ada bayi yang tidak mempunyai masalah langsung atau tidak sedar gigi mereka tumbuh, manakala ada yang berasa tidak selesa apabila gigi mereka mula tumbuhTanda-tanda tumbuh gigi:• Mengemam sesuatu di dalam mulut• Pipi dan telinga merah• Air liur meleleh• Merengek dan berasa tidak selesa• Demam biasaBagaimana membantu bayi anda semasa tumbuh gigiSekiranya bayi anda berasa tidak selesa semasa tumbuh gigi, cuba:• Berikan bayi gelung gigi getah untuk dikunyah Gelung ini juga boleh disejukkan terlebih dahulu• Biskut yang boleh dikemam• Berikan bayi anda minum airSekiranya bayi anda mula menggigit ketika menyusu badan, katakan "jangan" secara perlahan-lahan, hentikan penyusuan dan tunggu selama beberapa minit sebelum menyusu semula Ulang proses ini sekiranya perluBersihkan gigiBersihkan gigi bayi anda yang baru tumbuh Gunakan berus gigi yang kecil serta ubat gigi berperisa Walaupun kadang-kadang bayi anda menggigit berus gigi tersebut, mereka akan terbiasa dengan proses membersihkan gigi Sekiranya anda khuatir berus gigi akan membahayakan bayi anda, gunakan tuala yang lembut dan letakkan sedikit ubat gigi berperisa untuk membersihkan giginya Anda boleh gunakan alternatif ini sehingga bayi anda berumur setahun

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…