5
7
11

Daripada suapan kecil sehingga selera besar

It Ia bermula dengan bahagian kecil makanan yang dikisar. Langkah seterusnya adalah dengan memakan makanan lebih pejal, sehinggalah anak anda boleh memakan makanan anda.

Menjelang umur bayi anda enam bulan, hanyalah susu ibu yang terbaik untuknya Selepas enam bulan, makanan diperkenalkan kepada anak anda di dalam tiga fasa: 6 bulan- suapan kecil Apabila bayi berumur 6 bulan, kepalanya sudah boleh diangkat dan sudah mula menunjukkan tanda-tanda pergerakan mengunyah, tibalah masanya untuk anda memperkenalkan kepada bayi anda makanan pejal Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi yang belum bersedia tidak baik untuk sistem penghadamannya Adalah lebih baik untuk anda berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu Pilihlah masa yang paling sesuai dan tenang untuk bayi menerima makanan pejal ini Bayi menyukai rasa susu, oleh itu, makanan pejal pertamanya perlulah rasa tawar seperti susu Jangan tambahkan apa-apa perasa kepada makanan bayi anda Teruskan dengan menyusui (sehingga 8-9 bulan) dan makanan pejal sebagai penambah sahaja Cuba ½–2 sudu teh dahulu, dan tingkatkan bilangan suapan kepada 3-4 sudu teh setiap kali makan Makanan pejal pertama mestilah lembut dan halus Untuk haluskan makanan bayi, gunakan pengisar atau menggunakan penapis halus dengan sendok kayu Anda boleh menambah susu untuk memudahkan bayi menelan makanan Makanan yang dimasak sendiri boleh disejukbekukan dan digunakan semula dalam tempoh 3-4 minggu Makanan komersil bayi yang dijual di dalam tin atau botol dibuat untuk memenuhi keperluan bayi anda Ketika membeli makanan bayi, semak label usia dengan teliti Selalu ikuti arahan menyimpan yang betul Pangku bayi apabila anda memberi mereka makan atau letakkan mereka di kerusi tinggi Guna sudu teh dan letakkan makanan di tengah lidah mereka Makanan bayi anda • bijirin bayi • buah-buahan yang dimasak dan dikisar (epal, pir, mangga) • nasi yang dikisar/bubur nasi • labu atau tomato yang dimasak dan dikisar • daging, ayam, ikan yang dimasak dan dikisar • beli makanan bayi yang sesuai dengan umurnya Madu tidak boleh diberikan kepada anak kecil di bawah 12 bulan Cuba perkenalkan makanan baru setiap 2-4 hari Jika bayi anda tidak menyukainya, biarkan dan berikan kembali selepas beberapa hari Makanan lebihan bayi tidak boleh disimpan Berikan pelbagai jenis makanan bila bayi semakin membesar Tukar jenis makanan yang diberikan, sukatannya dan teksturnya - dari bubur, ke yang bertumbuk, kemudian yang dicincang 8 bulan – ala dente Pada usia ini, Pada usia ini, bayi telah punyai gigi pertama, dan rahang boleh digerakkan ke sisi - sudah tiba masanya untuk untuk mengunyah lebih sedikit, dengan makanan yang dipotong bersaiz kecil Perkara ini penting dalam tumbesaran lidah dan mulut, yang sebenarnya adalah penting untuk bayi belajar bercakap Jika anak anda mengunyah makanan, kemudian meluahkannya semula, jangan bimbang Pada masa ini, bayi anda akan menemui rahsia mengunyah Jangan takut untuk memperkenalkan perasa baru, walaupun terpaksa mengambil 10 atau lebih cubaan sebelum bayi anda menyukainya Anda perlu memberi ruang untuk anak-anak kecil membiasakan diri dengan rasa baru Dari sekitar 8-9 bulan, ketika bayi anda boleh mengunyah dan menggigit, anda boleh menawarkan makanan pejal sebelum menyusu Cuba berikan makanan bersaiz kecil yang boleh dipegang oleh anak anda, seperti: • sandwic kecil • roti bakar yang kecil• seulas oren atau kepingan kiwi • kepingan sayuran lembut yang dimasak (kentang atau labu) • biskut yang bersalut mentega atau keju • sayuran berdaun Dua waktu makan sehari adalah memadai, dengan berlaukkan daging atau ikan, juga buah-buahan sebagai pencuci mulut Selebihnya adalah menyusu 1 tahun - Hampir bersedia Anda boleh secara berperingkat melayani anak anda memakan makanan anda Elakkan memberi makanan yang terlalu banyak garam (tidak elok untuk ginjal bayi) dan panas / rempah-rempah yang kuat Makanlah bersama sebagai sebuah keluarga Waktu makan bersama keluarga adalah penting untuk perkembangan dan pembelajaran anak anda Mereka masih memerlukan 2 cawan susu sehari (500 ml), dan bersedia untuk mencuba pelbagai jenis makanan: • roti - pita, rèwena, chapatti, roti bun • sayuran dan buah-buahan • Susu berkrim, yoghurt dan keju • daging, ayam, makanan laut, telur yang dicincang halus, kacang pea yang dimasak • pelbagai bijirin Snek Bayi dan anak kecil memerlukan makanan kecil dan makanan ringan agak kerap Mereka mempunyai perut kecil dan banyak menggunakan tenaga Beberapa makanan kecil yang sihat adalah: • epal cincang • biskut dengan mentega kacang halus • kiub keju • yoghurt buah-buahan • separuh pisang • hirisan lobak merah Ada bayi yang suka mengunyah ketika mereka mulai tumbuh gigi Berikan biskut untuk digigit atau gegelang gigit 2 tahun ke atas - keliru Kajian menunjukkan bahawa bayi berumur enam bulan lebih terbuka menerima makanan baru daripada anak yang sudah besar Pada usia 2 tahun, anak-anak agak sukar untuk menerima makanan baru Waktu yang paling sukar adalah ketika anak-anak berusia di antara 5-10 tahun Apa yang berlaku pada usia dua tahun berkait rapat dengan cara anak-anak ini dibesarkan Mereka telah menemui sifat individu mereka, dan adalah menjadi lumrah jika anak anda tidak mahu menerima makanan baru Jika mereka berpeluang merasa pelbagai jenis makanan sebelum itu, risiko untuk anak-anak memilih dalam pemakanannya adalah rendah Untuk maklumat lanjut, dapatkan naskah percuma Pemakanan Sihat Untuk Wanita Menyusui daripada: wwwhealthedgovtnz

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…