1

Beritahu ibu-ibu untuk meluangkan masa untuk diri sendiri!

Mungkin sukar untuk anda menahan diri daripada mengatakan, “Bukan begitu, lakukannya begini.” Namun, walaupun anda berniat baik, anda sebenarnya merugikan diri anda sendiri jika anda sentiasa menyibuk setiap masa. Pasangan anda juga mungkin akan berasa tidak selesa dan berkecil hati dengan sikap anda. Oleh itu, tariklah nafas sedalam-dalamnya dan cuba bertenang.

Adakah anda seorang ibu? Secara jujurnya, berapa kerapkah anda hanya berdiri berdekatan pasangan anda dan memberinya nasihat dalam setiap hal; daripada bagaimana dia harus memakaikan lampin sehinggalah pakaian yang paling comel dipadankan bersama? Adakah anda merasakan ianya mustahil bagi anda mencegah diri anda daripada menasihati pasangan anda apabila bayi anda sedang menangis dalam dakapannya? Mencari jalan penyelesaian terpantas Penyelesaian ini hanya perlu jika anda tidak selalunya mengambil bayi anda daripada pasangan anda Pasangan anda mungkin akan berasa semakin tertekan apabila tangisan bayi anda semakin kuat (bagaimanalah agaknya bayi sekecil itu boleh menghasilkan tangisan yang begitu kuat?), tidak hairanlah pasangan anda akan cuba mencari jalan penyelesaian terpantas Dan biasanya, jalan penyelesaian yang terpantas ialah dengan memberi bayi yang sedang menangis itu kepada anda untuk ditenangkan Golongan bapa berasa diketepikan Mungkin anda berasa bahawa pasangan anda tidak berapa kisah apabila dia terlalu cepat mengalah Tetapi, yang sebenarnya ialah sebaliknya Kebanyakan bapa berasa diketepikan, seolah-olah golongan ibu tidak mempercayai mereka Mereka juga merasa setiap perbuatan mereka diperhatikan dan diawasi semasa sedang menjaga bayi anda Hanya kerana wanita mempunyai aura tertentu dan telah belajar melalui pelbagai situasi, tidak bermakna cara mereka adalah yang terbaik Sebenarnya, terdapat berbagai-bagai cara untuk menenangkan bayi menangis, memakaikan lampin bayi, dan memadankan warna dan corak pada pakaian bayi Tiada cara lain selain cara anda! Bayi anda tidak akan terjejas oleh cara anda dan pasangan anda yang berbeza – malah sebaliknya Bayi dapat belajar dengan cepat dan memahami bahawa ibu dan bapa akan melakukan perkara dengan cara yang berlainan Hal ini adalah baik – kerana bapa tidak sepatunya meniru cara ibu (Sebagai ibu, apa yang perlu anda lakukan hanyalah membayangkan perasaan anda sekiranya ibu mertua anda ‘menolong’ anda apabila anda cuba menghentikan tangisan bayi anda buat kali pertama…) adakah anda bapanya? Beritahu pasangan anda untuk berhenti daripada ‘menyibuk’ Percayalah pada diri anda sendiri Galakkan pasangan anda meluangkan masa untuk diri sendiri Seluruh keluarga akan merasakan manfaatnya – anda dan bayi anda akan membina hubungan yang tersendiri, pasangan anda pula akan mendapat rehat yang secukupnya

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…