close

Berhenti memukul menjadi tabiat

Memukul kawan apabila tidak mendapat apa yang diinginkan bukanlah luar biasa pada usia ini. Tetapi itu bukanlah bermaksud ianya sesuau yang betul. Ia boleh membantu anda sebagai ibubapa untuk meletakkan beberapa strategi agar ia tidak berulang lagi.

Bukanlah luarbiasa bagi kanak-kanak untuk menggigit, memukul atau menarik rambut seorang kawannya beberapa kali Meskipun demikian, sangat sukar bagi anda, sebagai ibu bapa Anda menjadi cemas dan, sebetulnya, agak malu Tapi anak-anak muda mungkin menyakiti orang lain tanpa menyedari apa yang mereka lakukan - mereka hanya ingin mendapatkan mainan atau cara mereka sendiri Pada usia ini, kanak-kanak sangat egois dan hanya mempunyai persepsi terhad terhadap emosi dan rasa sakit yng dirasai orang lain Anak kecil anda juga mungkin memukul orang lain kerana kekecewaan, marah atau hanya kerana tidak dapat meluahkan dengan kata-kata Pencegahan adalah ubat terbaik Perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah mencuba dan menjangka punca masalah dan menghalang mereka jika boleh: • Berada dekat dengana anak anda ketika dia sedang bermain dengan kanak-kanak lain - dan bertindak cepat jika mereka akan mula menyakiti kanak-kanak lain • Fokus untuk galakkan anak anda menunjukkan perilaku yang baik Apabila anda melihat anak anda bermain dengan baik (bahkan jika ini adalah dengan anda sendiri), berikan mereka perhatian dan banyak pujian • Beri mereka beberapa ayat yang dapat mereka gunakan: "Adam, berkata 'Ali, ini giliran saya sekarang'" Ingat untuk memuji anak anda, kali ini kerana mengatakan apa yang mereka inginkan dengancara yang baik • Beritahu mereka dengan tegas bagaimana untuk bertindak dan bagaimana untuk tidak bertindak: "Hana, berhenti memukul Farid Minta blok itu padanya dengan baik " • Jika anak anda menyakiti anak yang lain, tunjukkan kepada mereka bagaimana menjadi lembut (misalnya menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk mengusap rambut bukan menariknya) Cuba dapatkan anak anda untuk berlatih menjadi lembut selama beberapa saat Ada saranan lain? Kongsikannya di sini!
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…