0

Berapa kerap dan berapa lama sepatutnya anda memberikan susu badan

Soalan umum tentang menyusu badan adalah berapa lama dan berapa kerap seorang ibu harus menyusui bayinya. Bayi anda mungkin mempunyai pandangan yang lebih baik mengenai hal ini, dan langkah yang bijak ialah dengan menuruti kehendak naluri mereka.

Biarkan bayi anda memutuskan berapa lama mereka ingin menyusu Dan bercakap tentang menyusu badan pun, bayi mempunyai kemahuan dan kecederungan yang tersendiri Ada yang menyusu dengan cepat, dan ada bayi yang suka bergantung kepada payudara anda dengan lebih lama, mungkin berhenti sekejap dari semasa ke semasa sepanjang penyusuan Ini bermaksud menyusui bayi anda boleh mengambil masa dari beberapa minit sehingga ke satu jam Berikan bayi anda masa yang dia diperlukan - dan jangan ganggu dia semasa menyusu Berapa kali sehari bayi perlu menyusu Susu ibu mudah dihadam Atas sebab ini, bayi yang menyusu badan menyusu dengan lebih kerap berbanding bayi yang menysusu botol Untuk beberapa bulan pertama, ramai bayi yang baru lahir mahu disusukan sekerap 12 kali sehari – kadangkala lebih Biasanya jarak penyususan adalah lebih panjang pada sebelah pagi dan awal tengahari, manakal ada juga bayi yang ingin menyusu setiap masa pada lewat petang dan malam Kuat tidur Jika bayi anda banyak tidur dan lebih suka tidur dari menyusu, mereka mungkin menyusu sesedikit enam kali setiap 24 jam Dalam hal ini, cubalah untuk membangunkan bayi anda dan menawarkan payudara anda lebih kerap, termasuk di malam hari Jika ini tidak mengubah keadaan (jika si kecil anda tidak tertarik untuk menyusu lebih kerap dan hanya ingin tidur), berbincanglah dengan jururawat Well Child anda dan periksa berat badan bayi anda dengan kerap Susu ibu yang manis berlemak Setiap kali anda memberi susu badan, bayi anda mendapat susu yang termanis dahulu Ianya cair dan berwarna hampir biru Susu yang keluar kemudiannya adalah berlemak dan lebih berkhasiat, dan memberikan bayi anda rasa kenyang yang menyenangkan Itulah sebabnya mengapa ianya penting untuk membiarkan bayi anda menghisap sehingga mereka memutuskan untuk melepaskan payudara anda Dengan cara itu anda yakin payudara anda kosong dan bayi anda telah mendapat kepuasan dari susu yang diminum Sebelah atau kedua-dua payudara? Biasanya memeberikan susu dari sebelah payudara adalah mencukupi untuk setiap kali menyusu Namun, jika bayi anda cenderung menyusu jumlah yang lebih besar dengan lebih jarang, tidak menjadi masalah untuk memberi mereka kesemua susu dari satu payudara dan jika mereka mahukan lagi, berikan yang sebelah lagi Tunggu sahaja sehingga bayi anda selesai Ini akan memberi anda petanda jika sebelah payudara sudah cukup Dan ingat untuk memulakan dengan payudara kedua pada susuan yang berikutnya Mahu kerap disusu Jika bayi anda ingin menyusu lebih kerap seperti setiap 1-2 jam, mungkin ianya petanda bahawa mereka tidak mendapatkan teguk terakhir dari lemak susu yang mengenyangkan, atau mereka tidak menggunakan teknik menghisap yang betul Tetapi jika payudara anda tidak sakit, si kecil mungkin telah mendapatkan teknik yang betul, dengan keseluruhan mulut disekitar payudara anda, dan bibir bawah melengkung ke bawah Cuba biarkan bayi anda pada payudara yang sama sedikit lebih lama Pastikan mereka dalam keadaan terjaga (geletek kaki mereka) untuk memastikan susuan selesai sepenuhnya Adakah anda punya cadangan untuk ibu yang bayinya tertidur saat menyusui? Kongsikan di sini Jika anda mengalami masalah menyusu badan, ada banyak tempat yang anda boleh pergi untuk mendapatkan bantuan Pegawai Penjaga Materniti (LMC) boleh membantu menangani sebarang masalah penyusuan badan dengan segera Jika anda memerlukan sokongan lanjut, telefon Pusat Keluarga Plunket dan minta untuk berjumpa konsultan laktasi atau telefon PlunketLine 0800 933 922 Anda boleh mencari seorang perunding laktasi persendirian di wwwnzlcaorgnz – ada bayaran yang akan dikenakan La Leche League juga menawarkan sokongan menyusu badan - kunjungi wwwlalecheleagueorgnz

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…