13

Amukan

Terdapat beberapa perkara yang anda fikir anda mampu mengawalnya, seperti amukan anak-anak. Namun, itu adalah sesuatu perkara yang sudah lama berlalu – sebelum anda menjadi ibubapa kepada anak anda yang sangat keras kepala!

Tiada kata dua dalam hal ini : menjadi ibubapa tampak mudah sebelum anda mempunyai cahaya mata Anda menganggap bahawa kanak-kanak yang terbaring di atas lantai di pasaraya sambil menendang-nendang dan mengamuk adalah kanak-kanak yang tidak berkelakuan baik dan ibubapanya pula malas melayannya Perkara sudah berubah sekarang Pada hari ini, anda juga cukup maklum bahawa ibubapa terbaik sekalipun boleh mempunyai anak-anak yang keras kepala Apatah lagi, ibubapa terbaik di dunia tidak semestinya dapat membeli-belah pada waktu yang optimum Mereka mungkin perlu singgah di pasaraya dalam perjalanan balik dari taska Semua orang keletihan dan lapar, dan perkara terakhir yang anda mungkin lakukan adalah memberi sekotak coklat (yang diletakkan oleh seseorang di tepi kaunter pembayaran) kepada anak-anak anda Tip-tip untuk mengawal amukan anak-anak Adakah anak anda tetap tidak mahu bertolak ansur? Adakah anda melalui hari-hari di mana anak anda akan tetap merengek dan mengamuk, tidak kiralah pada bahagian mana anda sapukan mentega pada rotinya? Adakah mereka tetap mahu memakai selipar walaupun hari hujan dan berlecak? Bagaimanakah anda mengawal amukan anak anda? Berikut merupakan tip-tip yang sesuai : • Dilimpahi terlalu banyak pilihan dan keputusan adalah suatu perkara yang menyukarkan sewaktu anda kecil Selalunya, anak-anak akan berasa paling selamat apabila ibu atau bapa yakin dengan keputusan yang dibuat untuk anaknya Kadangkala anda perlu nampak lebih yakin daripada apa yang fikirkan • Pilihlah hujah dengan berhati-hati Ianya mungkin tidak begitu penting apabila anak anda mahu memakai seluar ataupun skirt, tetapi ianya amat penting bagi anak anda untuk memakai tali pinggang kereta Membuat keputusan adalah baik untuk anak anda, ianya membina keyakinan dalam diri mereka Oleh itu, fikirkanlah beberapa perkara di mana anak anda dapat mengambil bahagian dalam membuat keputusan mereka sendiri • Sentiasa konsisten - mungkin sesuatu yang paling sukar • Jangan berunding dengannya dalam hal-hal yang penting • Isyarat badan boleh menenangkan anak yang sedang marah • Amukan anak anda paling susah dibendung sekiranya ia berlaku di tengah-tengah orang ramai Perkara yang paling mudah dalam situasi ini adalah dengan mengangkat anak anda dan membawanya ke bilik lain atau ke dalam kereta • Ibubapa – mesti saling memberi sokongan! Dan ingatlah bahawa ibubapa yang terbaik sekalipun tahu membezakan erti rasuah dan perbincangan – kerana mereka pernah melaluniya Janganlah anda menilai diri anda dengan terlalu negatif Kadangkala, perkara yang paling mudah adalah perkara yang terbaik Kongsikan tip dan nasihat anda di sini

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…