6
9
13

Adakah hubungan sex masih telarang

Apakah seks masih terrasa seperti sesuatu yang orang lain lakukan untuk berseronok? Adakah anda tidak begitu berminat? Tidak perlu bimbang, anda tidak sendirian. Yang penting adalah menjaga keintiman.

Untuk beberapa bulan pertama selepas melahirkan, tubuh wanita dibanjiri hormon yang mempengaruhi kehendak seksual Tambah pula dengan keletihan dan penyesuaian terhadap kehidupan baru, dan ada wanita yang berfikir bahawa sekarang ini seks adalah perlu Atau tidak langsung Tapi setelah enam bulan kadar hormon menurun lagi dan keadaan kembali normal Hampir… Masih ada satu makhluk kecil di rumah anda yang memberi impak besar pada tidur dan masa Namun disamping itu anda mungkin bertanya-tanya mengapa dorongan seksual anda tidak mempunyai rangsangan lagi Mengapa seks masih sesuatu yang hanya dilakukan oleh orang lain? Adakah anda rindukan seks? Tidak dinafikan bahawa keperluan untuk seks berbeza dari seorang ke seorang Ada orang inginkannya tetapi yang lain tidak Seandainya anda merasakan perkara yang sama, tiada masalah Jika anda tidak merasa sedemikian, ianya boleh menyebabkan geseran Masalahnya ialah nafsu adalah seperti menaiki basikal - selepas anda sudah mencapai kelajuan, anda tidak perlu bekerja terlalu keras untuk menikmati perjalanan Banyak benda berlalu dengan cepat Tetapi jika anda berhenti, anda akan mendapati sukar untuk bergerak semula Begitu juga keinginan seksual Setelah anda mendapatkannya, anda ingin lebih lagi Jika anda berhenti berhubungan seks, seolah-olah sebuah jabatan telah gulung tikar dan kakitangannya telah pulang ke rumah hingga diberitahu kelak Anak-anak adalah alat pencegah kehamilan yang sangat baik Sangat mudah untuk mengadakan perkara perkara dalam kehidupan yang menyekat keintiman Stres dan keletihan adalah dua alat pencegah kehamilan yang sangat baik Jika anda merindukan seks, fikirkan tentang apa yang boleh anda lakukan untuk memberi lebih banyak masa bersama Kurangkan membersihkan rumah? Lebihkan berkongsi kerja rumah? Mematikan TV sekali sekala mungkin dapat membantu Tapi apakah yang anda perlu lakukan untuk menaiki basikal itu semula? Berikut adalah beberapa cadangan: • Dapatkan penjaga kanak kanak (babysitter) sekali sekala • Buat keputusan untuk memberi keutamaan kepada seks; lupakan kerja kerja pembersihan untuk sementara waktu • Berkongsi kerja rumah tangga dan penjagaan anak dan kedua-dua kamu akan mempunyai lebih banyak tenaga • Jika anda tidak inginkan seks, pastikan anda banyak berpelukan sebagai gantinya • Jangan berhenti berbicara antara satu sama lain Bukan hanya tentang seks, tetapi tentang semua perkara • Apakah tuntutan pasangan anda agak terlalu besar? Berikan masa, tapi jangan terlalu lama Tetapi bagaimana jika anda tidak mahukan seks sama sekali? Sementara anak anda masih kecil, berhenti sementara waktu daripada mengadakan hubungan seks bukanlah masaalah Seks tidak penting, tapi keintiman penting Jadi jagalah diri antara satu sama lain Pastikan anda berdua sentiasa hadir untuk satu sama lain apabila tiba ketika ingin mengadakan hubungan seks Bincang tentang mengapa anda tidak mahu melakukan hubungan seks Rapatkan hubungan antara satu sama lain Jangan lupa anda bukan sahaja ibubapa Hidup anda bukan hanya melibatkan megurus Lembaga Lembaga Pengarah disyarikat Kehidupan Keluarga Bhd Anda berdua adalah sepasang suami isteri

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…