Bulan 45

Bayi anda

Anak anda

Hubungan yang benar-benar baru Anda mungkin melihat hubungan anda dengan anak-anak anda berubah selama tempoh ini. Secara emosinya, mereka sekarang menyedari bahawa anda berdua adalah dua orang yang berasingan - anda berdua tidak melekat bersama-sama dengan cara apapun. Dan anda berdua juga punyai perasaan, keperluan dan keinginan sendiri sendiri yang berlainan, dan kadang-kadang anda tidak mahukan perkara yang sama seperti satu sama lain . Mereka menjadi lebih empati. Ketika anda merasa sedih, mereka mungkin akan memujuk anda. Jika anda nampak sibuk dengan kerja, mungkin anda akan dapat bantuan dari mereka. Pada saat ini, anak anda mungkin juga mula berunding dengan anda. Ini adalah tanda yang nyata untuk berdikari dan memhami konsep keadilan.

Anda

MENGAPA?! Mengapa matahari bersinar? Mengapa kereta kita merah? Kenapa saya perlu melakukannya? Mengapa nenek berkedut? Mengapa surat tiba sekarang? Mengapa kita harus pergi? Mengapa burung bernyanyi Anda mungkin tidak perlu diberitahu betapa pentingnya untuk mengambil soalan-soalan ini secara serius - meskipun begitu banyak sekali yang datang dari mereka, yang kadang-kadang anda merasakan seperti telinga anda sudah amat keletihan . Mengajukan pertanyaan dan mendapatkan jawapan yang membina pengetahuan anak anda, merangsang perasaan ingin tahu mereka, dan memberi mereka bahkan lebih untuk berfikir tentangnya. Setengah kanak-kanak bertanya soalan sepanjang masa;. yang lain pula lebih reflektif dan tidak begitu kuat bertanya, dan ada pula yang sangat inventif dan muncul dengan jawapan sendiri. Walau bagaimana pun anak anda bertanya, apa yang mereka tanyakan selalunya menarik. Tetapi ia juga boleh menguji kesabaran anda dari masa ke masa. Tidak diragukan lagi . Perlu diingat bahawa perkataan 'mengapa?' itu sendiri juga boleh jadi membawa maksud 'beritahu saya lebih lagi tentang'. Ini adalah cara anak anda meminta maklumat lebih lanjut tentang sesuatu.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…