Bulan 39

Bayi anda

Anak anda

Menampal plaster adalah hebat Anak kecil tiga tahun anda tidak lagi perlu menumpukan perhatian dengan cara yang sama ketika berlari, melompat atau berjalan. Perkara-perkara tersebut dilakukan secara lebih semulajadi sekarang. Tetapi penilaian mereka dan penyelarasan masih berkembang, dan anda masih boleh melihat lebam, benjolan dan kulit tercalar tetap berlaku untuk sementara waktu. Jangan bimbang - ini adalah sesuatu yang memang seharusnya berlaku. Hanya dengan mencabar diri mereka sendiri, anak-anak anda belajar mencari batasan dirinya dan terus belajar. Terhantuk dan terjatuh sesekali benar-benar membantu perkembangan mereka. Apa yang lebih menarik lagi, sebahagian besar anak-anak berusia tiga tahun mendapati melekat plester merupakan satu penemuan paling gempak yang pernah mereka temui. 

Anda

Membantu kemahiran motor yang lebih kompleks Pada usia ini, anak-anak masih kurangnya kawalan halus jari mereka. Tapi mereka boleh berlatih kemahiran motor yang lebih kompleks dengan: buat sesuatu dengan bermain blok dan lego Bermain ‘jigsaw puzzle’ Bermain dengan ‘pegboards’ Merangkai manik-manik Membina istana pasir Menuangkan air ke dalam bekas dengan saiz-saiz yang berbeza Memakaikan dan membuka baju anak patung Tapi jika anak anda tidak tertarik dalam kegiatan ini, tetapi lebih menyukai berlari, menendang dan berbasikal – terimalah ia. Tidak ada gunanya memujuk mereka. Cepat atau lambat perkara ini akan berlaku pada masanya.

Mengelakkan anak anda tertidur

Kalau anda dapat menyelesaikannya, anda seorang yang hebat! Anda boleh lakukan apa sahaja, sama ada bernanyi bersama-sama mereka, bercakap dengan mereka, atau memberikan mereka snek atau minuman jus, tetapi jika mereka sangat mengantuk, mereka akan tertidur juga

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…