Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

< Bulan 30
close
<

Bulan 30

Anak anda

Bayi anda

Keseronokan menentukan segalanya Anak-anak benar-benar menjalani kehidupan berorientasikan keseronokan - mereka hanya melakukan perkara-perkara yang mereka suka dan rasa seronok dengannya, dan mereka tidak boleh mendapatkan cukup darinya. Menendang bola, bermain ‘jigsaw puzzle’, melukis atau berlatih menulis - pada usia ini ia menjadi satu perkara yang individu, perkara yang mereka ingin tumpukan tenaga mereka ke dalamnya. Sehinggalah mereka memulakan sekolah nanti, barulah anak-anak ini diharapkan untuk juga melakukan hal-hal yang mereka kurang tertarik kepadanya.  

Anda

Anda

Takut pada kegelapan Seperti banyak ibu bapa lain telah temui, hanya ada satu ubat untuk kanak-kanak yang takutkan kegelapan: simpati dan terang Cahaya malam mengusir semua raksasa yang paling keras kepala .. antu anak anda untuk mencari semua raksasa itu dicelah-celah bilik tidur mereka sebelum menempatkan mereka di tempat tidur. Dan jika anda sendiri takutkan kegelapan, sekarang adalah peluang anda untuk memenangi anugerah Oscar dengan berpura-pura tidak takut Bermain-main dengan lampu suluh. Pergi keluar dari bilik waktu ia gelap, kemudian suluhkan lampu picit kedalamnya. Matikan lampu di dalam bilik dan nyalakan lampu picit. Cara ini membantu anak anda membiasakan diri dengan kegelapan dan meyakinkan dia bahawa ia tidaklah berbahaya - hanya berbeza.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…