Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

< Bulan 21
close
<

Bulan 21

Anak anda

Bayi anda

Mengulang banyak kali adalah sihat Setiap kali anak anda ingin anda bacakan buku untuknya, ia selalunya buku yang sama - lagi dan lagi. Perkara yang sama berlaku untuk muzik dan filem - lagi dan lagi dan lagi Pada usia ini, anak-anak seperti tidak boleh mendapatkan cukup dari hal-hal yang mereka suka, samada dari selimut, makanan, buku atau filem kegemaran mereka.. Salah satu sebabnya adalah kerana anak-anak kecil tidak terlalu tertarik pada perubahan. Mereka merasa aman jika semua perkara adalah yang sama seperti sebelum ini. Alasan lain adalah pengulangan membantu membina pengetahuan mereka. Kali pertama membaca buku, mereka dapat memahami perkataan-perkataan berlainan. Pada kali yang keseratus, mereka memahami kesemua daripadanya.    

Anda

Anda

Orang yang anda cintai menentang anda Anda mungkin merasa sedikit sedih ketika anak anda terus marah mengatakan tidak, tidak, tidak untuk semuanya, dan baru saja memangil anda "ibu yang teruk" atau "ayah yang teruk". Yang menjadikannya lebih buruk, hanya satu jam yang lalu si kecil yang sama berbaring di lantai mengamuk.   Menjerit dan terus mengatakan tidak, tidak, tidak.                                   Dan ia nampaknya hanya terjadi kepada anda. Tidak pernah di pusat penjagaan kanak-kanak, tidak pernah dengan datuk atau nenek mereka, dan tidak pernah dengan rakan-rakan sepermainan. Mengapa ini terjadi? Kerana anak anda menyayangi anda lebih dari orang lain, itulah sebabnya. Kerana mereka merasa benar-benar yakin kepada rasa sayang anda itu. Itu sebabnya mereka berani untuk menguji had anda dan mengungkapkan perasaan mereka dengan sepenuhnya. Itulah sebabnya mengapa mereka boleh mengatakan tidak dengan semua kekuatan dan tenaga yang dapat mereka kumpulkan (dan ianya banyak ...). Mungkin hanya penyejuk hati, tapi sekurang-kurangnya ada penjelasannya.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…