Bulan 18

Bayi anda

Anak anda

Kebolehan bercakap adalah sangat individu Semua kanak-kanak belajar untuk bercakap dalam urutan yang sama. Pertama, mereka menggunakan perkataan-perkataan tunggal, membuat frasa dan akhirnya keseluruhan ayat. Tetapi selain dari ini, itu ianya sangat individu, bagaimana anak-anak belajar dan mahir bercakap. Setiap dari mereka mempunyai graf peningkatan mereka tersendiri. Mungkin cepat atau mungkin lambat. Kadang-kadang tidak nampak pun apa-apa berlaku sama sekali, kemudia tiba-tiba perubahan besar kedepan terjadi.. Jadi jangan membuat perbandingan. Ini adalah peraturan yang baik untuk diingati bagi banyak perkara.  

Anda

Adakah anda amat bimbang dengan kebolehan bertutur anak anda? Adalah perkara semulajadi untuk merasa bimbang jika anak anda nampaknya akan lambat bertutur berbanding rakan-rakan mereka (tentu sekali anda tahu bahawa anda tidak perlu membuat perbandingan - tapi sukar untuk tidak!). Mungkin anak anda menggunakan kurang perkataan, atau menggunakan banyak kata-kata tetapi tidak ada ayat. Jika anak anda memahami soalan anda, mampu mengikuti arahan yang sangat sederhana dan jelas memahami apa yang anda katakan - bertenanglah.Kemahiran bertutur mereka akan meningkat juga. Hanya berikan sedikit masa. Untuk menyejukkan hati, ingatlah bahawa mereka yang suka bercakap akan lebih cepat mengembangkan bahasa yang cukup matang. Ini bererti kemahiran mereka akan menyusul Jika anda masih bimbang, berbincanglah dengan doktor atau jururawat Plunket .. Dan anda boleh membaca lebih lanjut tentang menggalakkan pertuturan bahasa disini.

Aktiviti bersyampu

Berikut adalah beberapa tips: 1 Letakkan keperluan bersyampu pada satu tempat Semua alatan bersyampu seharusnya boleh dicapai dengan mudah 2 Lindungi mata anak anda dengan pelindung syampu 3 Biarkan anak anda melakukan aktiviti ini pada anda juga 4 Syampu anak anda seminggu sekali sudah memadai

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…