Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

< Minggu 9
close
<

Minggu 9

Perut anda

Kandungan anda

Besar seperti putik bunga ros Bentuk bayi anda kini menjadi jelas berbentuk manusia, kurang membongkok dan lehernya sekarang terlihat jelas. Dia sekarang lebih seperti manusia kecil, dan jika anda melihat hidungnya terdapat lubang-lubang kecil yang akan berkembang menjadi lubang hidung. Kepalanya hampir separuh besar badannya, bayi anda menegakkan sedikit demi sedikit. Sistem saraf berkembang dan menjadi lebih matang, terutamanya sel-sel otak. Lengan dan tangannya membesar dengan lebih cepat dari kakinya.. Bayi anda meregangkan siku dan sendinya, kerana otot-ototnya terus berkembang. Samada bayi anda laki-laki atau perempuan telah pun diputuskan seaktu sel telur dan sperma bertemu, dan sekarang testis atau ovari mula terbentuk.

Anda

Anda

Hormon ditahap tinggi sepanjang masa Minggu ini tahap rasa mual anda pada peringkat tertinggi (yang juga bermaksud yang ia akan menurun tidak lama lagi!) Jadi ianya mungkin menjadi minggu yang sukar bagi anda – mual dan emosi yang tidak menentu menyebulungi anda. Adakah anda merasakan sedikit hangat dan kadangkala hampir hendak pengsan? Itu adalah kerana jumlah darah yang banyak adalah perlu untuk membekalkan plasenta dengan khasiat makanan. Oleh sebab itu, jumlah darah dalam badan anda mula meningkat dan akan terus berkeadaan demikian sepanjang kehamilan. Ini boleh mempengaruhi kepekatan hemoglobin, biasanya di sebut sebagai tahap zat besi atau kandungan darah merah (blood count), untuk menurun sedikit. Jadi, adalah penting untuk memakan makanan yang mengandungi banyak zat besi. Biasanya bermula dari bulan keempat kehamilan, semua wanita perlu mengambil suplemen zat besi. Diatas semua sebab ini, bukanlah sesuatu yang luarbiasa untuk anda merasa lemah sekali sekala. Cuba ambil makanan yang lebih berkhasiat, rehat dengan cukup dan minum banyak air.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…