Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

< Minggu 8
close
<

Minggu 8

Perut anda

Kandungan anda

Jantung sudah terbentuk Jantung, sekarang sudah terbentuk dengan betul, mengepam sekitar 150 denyut setiap minit, kira-kira dua kali aras denyutan orang dewasa. Perkara ini diperlukan untuk tumbesaran, pekembangan dan untuk pengangkutan nutrisi dan produk-produk buangan.   Jadi fungsi dan peredaran sekarang sudah lebih matang dan berkembang. Lihatlah pada kepalanya, ciri-ciri wajah mulai muncul. Hujung hidung sudah dapat dilihat! Mata masih begitu jauh jaraknya dan tampak seperti berada di sisi. Tetapi ada kelopak mata yang mulai terbentuk. Dan telinganya mula berkembang baik secara internal mahu pun eksternal. Sekarang organ deria benar-benar di tempatnya. Anda kini boleh melihat tangan berbentuk seakan pendayung, dan anda hanya boleh melihat tempat dimana jari-jarinya akan terbentuk. dan kaki dengan jari-jari kakinya. Dan sistem saraf sekarang sudah bersambung dengan baik, kerana pergelangan tangan dan siku mungkin sudah dapat dibengkok dan digerakkan, dan kerana itu bayi anda sudah mula bergerak! Tapi anda tidak akan dapat merasakannya untuk beberapa minggu. Bayi anda sekarang mempunyai kemudahan untuk organ dalaman yang utama. Anda boleh dapat melihat baby now has the facilities for the primary inner organs. Anda can see the bahagian otaknya! Ilustratsi oleh  Karoline Lenhult 

Anda

Anda

Temujanji bersama bidan yang pertama Adakah anda mengalami perubahan emosi? Salahkan kepada perubahan hormone anda. Tetapi juga, jika anda letih dan merasa tidak sihat sepanjang masa anda berhak untuk mempunyai emosi yang tidak baik. Tentu sekali Jika anda sudah biasa dengan senaman yang dilakukan secara, teruslah melakukannya sepanjang kehamilan anda. Tetapi perlu peka dengan keadaan tubuh anda. Antara 8 dan 12 minggu anda perlu mendaftar dengan LMC (pegawai penjaga maternity – lead maternity carer). LMC boleh jadi seorang bidan, pakar bersalin atau doctor biasa. Bawa pasangan anda bersama! Ingat bahawa anda boleh bertanyakan apa sahaja dan meminta apa sahaja, apa yang pasti tiada satu soalan pun yang belum pernah didengari LMC anda sebelum ini. Sebelum kehamilan, rahim anda adalah sebesar saiz genggaman tangan, selepas enam minggu saiz sebiji oren. Anda benar-benar boleh merasakan pembesarannya. Ianya tersa seperti kejang atau rasa sakit di bahagian bawah perut atau di sisi anda; lebih kurang seperti sakit ketika datang haid. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan - tetapi jika kekejangan atau kontraksi disertai dengan pendarahan, anda harus menhubungi LMC anda .

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…