Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

< Minggu 7
close
<

Minggu 7

Perut anda

Kandungan anda

Otak mula berhubung Bayi anda melalui tumbesaran yang menakjubkan minggu ini, 1mm setiap hari! Selama tujuh hari ini, bayi anda akan memanjang dua kali ganda. Pada akhir minggu ini, saiz bayi anda kan menjadi sebesar kacang pis. Jantung kecil berdegup dan mengepam darah ke seluruh tisu-tisunya. Sudah ada kegiatan yang amat sibuk di sel yang akan membentuk otak. Pelbagai bahagian dari otak primitif masing-masing, sekarang ini mula mengambil fungsi khusus mereka sendiri. Jadi otak bayi anda terus menjadi lebih kompleks, dan sudah ada kegiatan di sini - sambungan baru terbentuk antara sel-sel saraf sepanjang masa. Dan bayi anda sudah boleh bergerak. Wajah bayi anda mulai terbentuk. Mata semakin berkembang, kanta telah terbentuk dan bahkan warna iris mata mungkin dapat dilihat. Tali pusat sepenuhnya terbentuk (sekitar 40 minggu ia akan menjadi sekitar 55 sm panjang dan 1-2 sm tebal). Ia akan membekalkan bayi anda dengan oksigen, makanan dan mengeluarkan produk-produk buangan. Usus terbentuk di dalam tali pusat memandangkan belum ada ruang di dalam perut bayi anda Ilustrasi oleh Karoline Lenhult 

Anda

Anda

Mabuk mengandung Tanda-tanda awal kehamilan ialah untuk ramai wanita rasa mual, bersama muntah atau pun tidak. Ini digelar mabuk mengandung (morning sickness – yang mana kadangkala dirasakan seperti lawak yang tidak lucu apabila anda mabuk sepanjang hari). Anda tidak keseorangan; 7 dari 10 wanita merasa tidak sihat pada permulaan kehamilan mereka. Walau pun begitu, ada berita baik, wanita yang mengalami mabuk mengandung dan muntah mempunyai peluang yang lebih tipis untuk keguguran berlaku. Alasan utama adalah perubahan hormone yang besar yang terjadi dalam tubuh. Alasan lain adalah bahawa hormon masih sedang diangkut ke seluruh tubuh, kerana plasenta belum mengambil alih pengeluarannya. Beberapa khabar baik lain, - jika anda akan mengalami mabuk mengandung, ia akan muncul sebelum minggu ke 12. Jadi bersyukurlah jika anda masih merasa okey (mungkin hanya letih, sakit, tidak selesa, kembung dan tercari-cari garis pinggang anda ...! Kadangkala mabuk mengandung dikelabui oleh perasaan teruja untuk menimang chaya mata. Dan anda tidak perlu rasa bersalah mengenainya. Ini semua, dengan pastinya, akan berlalu apabila mebauk mengandung menjadi semaking berkurangan.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…