< Minggu 5
close
<

Minggu 5

Perut anda

Kandnungan anda

Permulaan bagi jantung Lihatlah pada bayi anda, walaupun ianya adalah sekecil sebutir pasir, sudah terdapat garis kasar bagi tubuh dan kepala. Seawal minggu ini, berlakunya permulaan bagi sesuatu yang kemudian nantinya akan menjadi jantung - gumapalan lemak di tengah-tengah embrio  . Sekitar 22 hingga 23 hari selepas persenyawaan, degup jantung bayi anda akan bermula. Oleh itu, pada minggu ini degup jantung boleh dikesan melalui imbasan ultrasound Selain jantung dan sistem peredaran darah, sistem saraf pusat (otak dan sumsum tulang belakang) dan pembentukan otot dan tulang mulai berlaku .. Otak dibahagi menjadi dua bahagian, dan di antara tulang di tulang belakang, bundle saraf muncul dari sumsum tulang belakang dan akan mencabang keseluruh badan. Embrio anda melekat ke rahim melalui satu tangkai yang nipis. Apabila embrio kina besar, tangkai juga akan turut berkembang dalam cara yang sama seperti buih sabun yang ditiup, dengan membengkak dari dalam dan menjadi memanjang. Ilustrasi oleh Karoline Lenhult 

Anda

Anda

Hormon sudah lebih dari cukup Anda sudah menghasilkan hormon yang cukup untuk mempertahankan kehamilan anda, dan hormon-hormon ini, bagaikan hero tersembunyi bagi setiap kehamilan, mempengaruhi anda dalam pelbagai cara. Selain keletihan dan rasa mual, anda mungkin juga merasa kembung, memiliki payudara yang besar, menjadi obsesi dengan makanan dan merasa seperti anda perlu pergi ke tandas sepanjang masa. Tapi ini hanyalah kesan fizikal, emosi pula boleh dapat berubah-ubah dari bersemangat kepada emosional dan dari gembira kepada terlalu berhati-hati, bimbang dan gila-gila. Ini adalah perkara biasa - dan satu perkataan ("normal") yang anda akan sering dengar di masa akan datang, bersama-sama dengan kata-kata seperti: jangan bimbang, anda dalam fasa itu, ia akan berlalu. Saatnya untuk mula berfikir tentang beberapa perubahan gaya hidup kerana bayi kecil adalah sensitif. Ini bermaksud stres (kurangkan), makanan (lebih sihat), kopi (kurangkan), alkohol (jangan sekali), ikan (sekali-sekala) dan rehat (lebih banyak) - anda benar-benar sedang “membina” bayi. Ada bayi yang sedang membesar di dalam tubuh anda!

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…