Kandungan anda
Tunggu sahaja Bayi anda memenuhi seluruh perut anda. Kepalanya menekan leher rahim anda yang bertambah lembut. Menjelang kelahiran, tali pusat selalunya sama panjang dengan bayi itu sendiri. Ia hanya menunggu untuk memulakan kelahiran ini. Menunggu saat yang tepat. Tidak bergerak banyak. Ruang semakin sempit. Benar-benar sempit. Ia menunggu dengan sabar. Mungkin lebih sabar daripada anda ... Ilustrasi oleh Karoline Lenhult
Anda
Anggaran tarikh bersalin Minggu terakhir, dan hari-hari berlalu dengan amat perlahan. Anda tidak sabar-sabar ingin bertemu bayi anda, dan sekarang masanya sudah hampir tiba! Anda mungkin berfikir lebih tentang kelahiran daripada tentang menjadi ibu bapa. Beberapa kata terakhir sebelum kelahiran: Yakinlah pada tubuh anda, ia sememangnya boleh melahirkan anak. Melahirkan anak satu perkara, mempunyai anak adalah perkara yang lain pula. Hanya selepas itu, ketika bayi akhirnya dengan kita, cabaran sebenar akan bermula. Sekarang anda seorang ibu dan ayah! Tahniah dan Semuga Berjaya!