Ahli yang dihormati, sehubungan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri, akan terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran barang penebusan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com Terima kasih atas kerjasaman anda. 

< Minggu 38
close
<

Minggu 38

Perut anda

Kandungan anda

Bayi anda sudah cukup bulan Untuk beberapa minggu sekarang, perkembangan bayi anda lebih fokus kepada meningkatkan fungsi organ-organ daripada pembinaan mereka. Otak bayi anda dan sistem sarafnya berfungsi dengan lebih baik setiap hari, tetapi perkembangan ini terus berlanjutan melalui masa kanak-kanak dan bahkan ke tahun kemudiannya semasa beliau remaja. Sekarang bayi anda dianggap sudah cukup bulan. Tapi saatnya untuk melahirkan? Anak anda akan memutuskan bila waktunya untuk lahir. Kajian menunjukkan bahawa waktu yang kita habiskan di dalam rahim telah diprogramkan ke dalam gen kita. Bayi anda telah mewarisi gen ini daripada anda dan dari ayahnya Tak banyak yang dapat anda lakukan tentang hal ini,. kecuali menunggu Ilustrasi oleh Karoline Lenhult 

Anda

Anda

Sukar untuk tidur Ketika kepala bayi atau punggungnya sudah menetap di bawah, biasanya ini menjadikan lebih mudah untuk bernafas, tetapi terasa lebih berat pada bahagian bawah perut anda. Anda boleh merasakan seperti ‘semut-semut’ ketika kepala mendorong ke lantai pinggul anda.   Adalah sangat sukar untuk mencari posisi tidur yang selesa;. Sememangnya benar-benar sukar untuk mencari kedudukan yang selesa samada berbaring, duduk atau berdiri, tetapi anda boleh melakukannya Cuba untuk tidak terganggu oleh orang-orang yang menanyakan apakah anda terlebih bulan , kerana anda begitu besar ("Terima kasih, anda membuat saya merasa hebat!"), atau mengapa anda masih belum melahirkan ("Hmm, anda beritahu saya mengapa?"). Cuba untuk tidak beri terlalu banyak perhatian. Buat perancangan setiap hari, jika anda mempunyai tenaga; pergi tengok wayang, serikan wajah anda, pergi ke salon, berjalan di luar, makan malam dengan teman-teman, nikmatilah beberapa hari terakhir dengan tenang.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…