Ahli yang dihormati, sehubungan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri, akan terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran barang penebusan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com Terima kasih atas kerjasaman anda. 

< Minggu 36
close
<

Minggu 36

Perut anda

Kandungan anda

Sama seperti bayi baru lahir Menjelang minggu ini bayi anda sudah berkembang sepenuhnya dari kulit yang berkedur kepada kulit yang lebih licin, memandangkan lemak dibawah kulitnya sudah terbentuk sepenuhnya. Mukanya sekarang sudah lebih bulat, dan garis pusat kepalanya adalah 9-mm. Bayi anda mungkin tersedu agak kerap, dan itu hanyalah caranya untuk melatih diri bernafas, dididalm mempersiapkan dirinya untuk kehidupan di luar Pada waktu ini bayi anda boleh melakukan semua perkara-perkara yang bayi baru lahir dapat lakukan Dia telah bergerak lebih kebawah ke bahagian pinggul anda.Kebanyakan bayi berbaring dengan kepala mereka menghadap ke bawah, hanya beberapa bayi saja yang punggungnya terlebih dahulu kebawah. Jika perkara ini berlaku, sekarang adalah masanya untuk mencuba dan memusingkan bayi keatas. Ilustrasi oleh Karoline Lenhult 

Anda

Anda

Hanya tinggal satu bulan lagi Rahim anda berkemungkinan berada dibawah tulung rusuk anda. Sekitar 32-34 minggu, bidan atau doktor, akan merasa perut anda untuk menentukan bagaimana bayi diposisikan dalam diri anda. Posisnya mungkin telah berubah berkali-kali sepanjang kehamilan. Pada 34-36 minggu bayi biasanya masuk ke kedudukannya, dan tetap di sana. Pernahkah anda memperhatikan jika kandungan anda telah menuju kebawah sedikit? Perut sudah turun? Anda mungkin akan merasa lebih mudah untuk bernafas. Walaupun lebih mudah untuk bernafas sekarang, adalah biasa untuk anda merasa cepat merah, dan tidak ceria sekitar waktu ini. Mungkin juga kerana anda kurang tidur, sakit pada bahagian belakang anda, merasa besar, menjadi termengah-mengah selepas melakukan sesuatu (walaupun ia tidaklah berat) dan berpeluh lebih dari biasanya. Semua ini adalah normal, walaupun ianya hanya kata-kata penyejuk hati. Jadi kita hanya akan bercakap tentang sesuatu yang lebih ceria, bagaimana kita tahu yang ianya telah bermula Mungkin anda sudah merasakan kontraksi, yang disebut Braxton-Hicks?  (Kontraksi yang sebenar lebih teratur dan menjadi lebih kuat dan lebih kuat seiring berjalannya waktu. Ia tidak menjadi reda dan berlaluhanya dengan berehat) Tanda pertama ialah bahawa anda mungkin mendapati terdapat seakan sejenis lendir yang keluar dari vagina anda. Ianya adalah sejenis lendir (seakan jeli) yang telah menutupi leher rahim anda selama sembilan bulan yang lepas. Ia masih mengambil masa sebelum proses bersalin berlangsung - tetapi itu adalah satu tanda.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…