Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

< Minggu 35
close
<

Minggu 35

Perut anda

Kandungan anda

Meningkat 25 hingga 30 gram sehari Jantung bayi berdegup dengan kelajuan sekitar 120-160 kali setiap minit. Ruang menjadi semakin sempit, dan itulah sebabnya mengapa dia tidak bergerak seperti sebelumnya. Sebab tersebut dan juga fakta bahawa kepala bayi mungkin telah menghala ke bawah, bersedia untuk dilahirkan. Selain itu, anak anda juga bertambah berat badannya antara 25 dan 30 gram setiap hari. Dia sudah tidak mempunyai ruang yang sama lagi. Panjang tulang paha adalah sekitar 66 mm. Ilustrasi oleh Karoline Lenhult

Anda

Anda

Kulit yang gatal dan lengan yang mengecut Beberapa wanita menjadi sangat gatal, terutama pada perut mereka, telapak tangan dan telapak kaki mereka. Ini boleh dilegakan dengan menyapukan krim pelembab dan juga memberus kawasan tersebut dengan berus gigi bayi yang halus. Selalu beritahu pada bidan atau doktor anda jika anda menderita gatal kulit. Anda sememangnya merasa berat dan kaku. Mungkin anda merasa kesal dengan mudah. Perut sering menjjadi penghalang, dan lengan anda terasa seakan sedikit pendek. Sukar untuk mencari posisi tidur yang selesa. Satu-satunya hal yang dapat anda lakukan adalah untuk tidur mengiring. Beberapa bantal yang diletakkan diposisi strategik boleh membantu. Tidak ada salahnya jika tidak memakai kasut yg bertali seperti kasut sukan, dan gunakan selipar atau sandal sebagai gantunya.. Gunakan kasut yang bertumit leper, kasut bertumit tinggi dan berplatfom nampak cantik, tetapi anda memerlukan kestabilan sekarang. Minta kaki anda untuk diurut selalu, sepanjang kehamilan, adalah satu idea yang bagus. Mintalah dari pasangan anda. Dengan segera.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…