< Minggu 33
close
<

Minggu 33

Perut anda

Kandungan anda

Berat badan meningkat hampir 250 gram setiap minggu! Empat minggu yang akan datang akan menjadi masa pertumbuhan yang luar biasa bagi bayi anda. Dia akan tidur banyak dan kerana kita boleh melihat bayi bernafas walaupun ketika itu dia tidur, kita tahu bahawa pusat pernafasan di otak telah dibangunkan. Otot-otot telah membangunkan, kulit telah lebih licin dan rambut lanugo mulai gugur, walaupun selepas lahir anda mungkin akan melihat beberapa rambut yang masih tersisa di punggung bayi anda atau bahu. Pada saat ini beberapa bayi telah siap sedia dengan kepala di pintu masuk panggul, bersedia untuk dilahirkan. Jika ini adalah bayi kedua anda, dia mungkin tidak mengambil posisi ini sehingga ke saat hampir lahir Kemampuannya untuk menetapkan suhu badan menjadi matang, tetapi kini boleh berpeluh - yang mana bayi pra-matang tidak boleh lakukan.  

Anda

Anda

Perut yang ‘turun’ Apakah anda sudah perasan keadaan perut yang turun? Mungkin ianya sedikit awal, tetapi sekurang-kurangnya anda tahu apa yang sesuatu yang dinanti-nantikan akan berlaku. Beberapa minggu sebelum sakit bersalin bermula, anda mungkin perasan perubahan pada abdomen anda. Apabila kepala bayi memasuki laluan kelahiran, segalnya turun kebawah. Ada yang mngatakan ianya menakjubkan, kerana sekarang adalah lebih mudah untuk bernafas. Ada pula yang dengan jujurnya menyatakan mereka sudah dapat kembali pinggang mereka… Jangan terlalu bimbang jika anda tidak perasan perut anda turun. Ianya tidak berlaku pada setiap kehamilan. Ianya juga biasa berlaku dimana bayi hanya akan turun sejurus sebelum sakit bersalin bermula. Tetapi keadaan perut yang turun ini boleh menjadikan anda tidak selesa terutamanya apabila kepala bayi menyentuh otot lantai pinggul, ianya terasa seperti menyucuk. Berbaringlag mengiring, ianya membantu mengurangkan tekanan kepada pinggul anda dan urat saraf, pembuluh darah dan ateri pada kawasan pinggul.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…